Home Resipi Tip Masak Daging Goreng Kunyit Supaya Lembut, Tak Liat Walau Dah Sejuk

Tip Masak Daging Goreng Kunyit Supaya Lembut, Tak Liat Walau Dah Sejuk

4556
0
daging goreng kunyit

Tip Masak Daging Goreng Kunyit Supaya Lembut, Tak Liat Walau Dah Sejuk | Menu daging goreng kunyit walaupun ringkas tapi jadi kegemaran ramai. Namun satu masalah bila masak hidangan mudah ini, daging keras atau liat terutama bila sudah sejuk.

Untuk atasi masalah ini boleh ikut perkongsian daripada Nana Ismail. Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.

Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas.

Cara Potong Dan Buat Daging Goreng Kunyit Yang Betul

1. Cara mudah nak potong daging ikut urat supaya tak liat adalah dengan meletakkan daging yang masih mentah dalam kuali panas tanpa minyak. Bila panas nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong.

daging goreng kunyit
2. Lepas dah hiris nipis ikut urat, boleh goreng daging tu tanpa minyak. Biar air daging keluar dan kering. Lepas tu angkat.

daging goreng kunyit3. Ha… Dah settle 2 step tu barulah lumur daging dengan kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu. Nampak kering macam daging yang direbus kan?

daging goreng kunyit4. Lepas tu letak minyak kemudian goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja. Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gituuu.

daging goreng kunyitdaging goreng kunyit5. Lepas tu macam biasa tumis bawang, cabai, letak sayur then gaul balik daging tu. SETTLE!

daging goreng kunyitSelamat mencuba

Sumber: Nana Ismail

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here