Tingkatkan Imunisasi Badan Dengan Air Yang Diamalkan Oleh Prof Dr Muhaya

Tingkatkan Imunisasi Badan Dengan Air Yang Diamalkan Oleh Prof Dr Muhaya : Walaupun negara kita sudah kembali tenang dalam menlawan wabak COVID-19, namun kita masih lagi diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga malah sentiasa menjaga kebersihan diri.

Memakai penutup hidung, sentiasa menjaga jarak serta kerap mencuci tangan apabila keluar rumah. Perkara ini perlu dilakukan agar terputus rantaian COVID-19 itu.

Ramai yang telah kembali berkerja seperti sedia kala, malah menjalani rutian harian seperti sebelum ini.

Walaubagaimanapun, tentunya perasaan bimbang dan berhati-hati akan sentiasa dirasai apabila keluar rumah. Ini kerana, anda tidak tahu siapa yang menghampiri anda dan keadaan kesihatannya.

Imunisasi Badan

Selain penjagaan luaran, pengambilan makanan tambahan yang membantu meningkatkan imunisasi tubuh badan juga yang sangat penting. Mana tidaknya, bukan luaran saja yang perlu dijaga dalaman juga perlu ditambah pelindungan.

Jom buat air yang di amalkan oleh Prof Dr Muhaya untuk meningkatkan imunisasi badan kita.

Bahan-bahan :

  • Bunga Cengkih;
  • Bunga Lawang;
  • Buah Pelaga;
  • Kunyit Hidup (sebesar ibu jari, hiris);
  • Halia (sebesar ibu jari, hiris);
  • Serai (3 batang, dititik); dan
  • Kayu Manis

Cara Menghasilkannya :

  • Masukkan ketujuh-tujuh bahan di atas ke dalam jag atau cawan
  • Tuangkan air mendidih dan siap untuk dihidangkan dan diminum
  • Boleh digunakan banyak kali, hanya perlu menambah air bila hendak meminumnya.
  • Sebar-sebarkan agar semua mendapat manfaat dari khasiat semulajadi yang Allah jadikan dalam bahan-bahan yang digunakan.

Hanya gunakan bahan-bahan yang selalu ada didapur kita jea untuk tingkatkan imunisasi badan. InsyaAllah.

BACA JUGA: Terlalu Menjaga Kebersihan Punca Imunisasi Anak Lemah

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 + 15 =