Jangan Tergesa-Gesa Nak Turunkan Berat Badan, Kira Dulu Berapa Banyak Lemak Yang Sudah Diternak!

Saya dengar ada yang tergesa-gesa nak turunkan berat badan dengan cepat, dalam masa yang singkat. Ada yang bunyinya langsung tak realistik.

Contoh seperti nak turunkan berat badan berpuluh kg dalam 1 atau 2 minggu. Kenapa saya kata tak realistik? Sebab ia hanya logik dari segi akal mereka, namun kalau dijelmakan dengan matematik, belum tentu logik.

(Maafkan saya dengan lakaran buruk di bawah). Katakan seseorang mempunyai lebihan berat sebanyak 30kg, majoritinya adalah lemak. Lemak ini wujud pada perut, lengan tengkuk, dada, paha. Senang cerita seluruh badanlah.

turunkan berat badan, cara kira kalori, cara kira lemak dalam badan, senaman buang lemak, petua buang lemak, kiraan buang lemak, cara bersenam yang betul untuk buang lemak[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Fakta menyebut 7700 kalori tenaga diperlukan untuk menggunakan 1kg lemak yang ada pada badan. 7700 kalori ini harus datang secara terkumpul dan bukan dibakar sekali gus.

Ia berlaku apabila keperluan kalori tidak mencukupi, atau defisit (kalori yang masuk kurang dari kalori yang keluar). 7700 kalori dari lemak ini akan digunakan untuk menyeimbangkan ketidakcukupan tersebut.

Ketidakcukupan yang bagaimana? Katakan keperluan harian anda memerlukan 2000 kalori, tapi anda makan (pengambilan kalori) cuma 1500 kalori sehari, maka badan terpaksa gunakan 500 kalori dari lemak badan supaya supply tenaga menjadi 1500 + 500 = 2000 Kalori, lalu cukup untuk menampung keperluan kalori anda yang 2000 kalori itu.Kesan dari situasi ini (jika berlaku berterusan), lama kelamaan jisim lemak akan menyusut, dan berat badan akan menurun. Namun berapa lama untuk teori ini kelihatan kesannya?

Jika anda perlu meningkatkan penggunaan kalori kepada 7700 kalori untuk membakar 1kg lemak (bermaksud beza kalori yang keluar/digunakan lagi tinggi dari kalori yang masuk sebanyak 7700 kalori).

Ini bererti anda perlu meningkatkan penggunaan kalori kepada 231,000 kalori untuk membakar 30kg lemak melebihi dari kalori yang masuk ke dalam badan anda, atau dalam bahasa mudah defisit kalori anda perlu menjadi 231,000 kalori untuk membakar 30kg lemak.cara kira kalori, cara kira lemak dalam badan, senaman buang lemak, petua buang lemak, kiraan buang lemak, cara bersenam yang betul untuk buang lemak

Katakan defisit kalori terhasil menerusi senaman (senaman adalah cara klasik untuk membuatkan kalori yang keluar itu melebih dari kalori yang masuk) adalah 500 kalori.

Semestinya 500 kalori menerusi SEKALI bersenam ini tidak cukup untuk membakar ke semua 30kg lemak yang ada dalam badan kerana untuk membakar ke semua lemak tersebut, jumlah defisit yang terhasil haruslah sebanyak 231,000 kalori, jauh lebih tinggi.

Apabila dicongak, untuk mencapai 231,000 kalori tersebut, ia memerlukan senaman tadi diulang sebanyak 462 kali untuk turunkan berat badan.

Untuk Turunkan Berat Badan, Perlu Realistik!

cara kira kalori, cara kira lemak dalam badan, senaman buang lemak, petua buang lemak, kiraan buang lemak, cara bersenam yang betul untuk buang lemak

Sekarang saya nak tanya pada mereka yang target untuk turunkan berat badan sehingga berpuluh kilo dalam masa yang singkat. Mampukah anda menjana/melakukan senaman sehingga 462 kali dalam tempoh yang singkat, seperti yang anda mahukan sangat?

Ironinya, berapa ramai di kalangan kita (secara majoriti seluruh rakyat Malaysia) yang sanggup commit walau 3 kali saja bersenam untuk seminggu? Mungkin 3 kali bersenam dalam seminggu itu terlalu ‘banyak’… kalau 2 kali seminggu? Ada?

Kredit: Susu Sejat[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 3 =