7 Teknik Mengukus Supaya Kuih Atau Kek Tak Rosak, Barulah Hasilnya Cantik.

7 Teknik Mengukus Supaya Kuih Atau Kek Tak Rosak, Barulah Hasilnya Cantik. | Mengapa ya resipi dah betul, tapi bila mengukusnya kuih atau kek tak menjadi. Malah rosak pulak. Hati-hati sikit korang nak mengukus ni tak semudah membakar guna oven, set timing dan tunggu masak.

Bab paling penting teknik mengukusnya kena betul. Suhu wap atau stim tidak dapat di tentukan ia bergantung kepada kepanasan api dapur gas, jumlah air dalam kukusan dan perkakasan yang digunakan.

Kekurangan air dalam kukusan menyebabkan kuih atau kek terbantut dan tidak masak, terlalu kecil api juga menyebabkan wap tidak naik, dan jika api terlalu besar pula menyebabkan kuih mengerutu dan mengelembong.

Wap yang menitis ke permukaan kuih juga boleh merosakkan kuih. Ini adalah masalah yang selalu di alami ketika membuat kek atau talam menggunakan kaedah mengukus.Ni min kongsikan petua yang dikongsikan dari Faira Ali dari lamannya.

NI 7 PETUA @ TEKNIK MENGUKUS YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN :

1. Gunakan pengukus yang mempunyai penutup yang tinggi supaya wap menjadi seimbang.

BACA JUGA :: Kuih Lejen Agar-Agar Kering Paling Simple Nak Buat, Tanpa Guna Mixer & Oven!

2. Saiz pengukus hendaklah bersesuaian dengan saiz loyang.

3.. Sentiasa periksa air di dalam pengukus, sentiasa pastikan air mencecah lantai pembahagi kukusan.

4. Jika air berkurang, masukkan air panas untuk menambahkannya. Air hendaklah diisi 3/4 penuh dalam periuk kukus. Air pula mestilah sudah mendidih sebelum memasukkan kuih.

Masalah yang kerap berlaku adalah apabila air telah kering tetapi kuih pula belum lagi masak. Usah bimbang, isikan sahaja semula periuk dengan air panas.

Foto : pooyuhcorets.blogspot.com

5. Balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap tidak keluar.

6. Tutup loyang adunan dengan penutup atau tudung supaya air tidak menitis ke permukaan kek.

7. Pastikan api dapur tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Mudahkata guna api sederhana aje.

4 TIP EKSTA UNTUK KUIH TALAM KUKUS :

8. Sejukkan kuih sekurang-kurangnya 3 jam.

9. Untuk mendapatkan saiz kuih yang lurus dan sama, potong kuih menggunakan pisau plastik dan pembaris. Pembaris talam pun ada dijual, lebih mudah mengukur

10. Kuih yang telah masak hendaklah disejukkan atas redai besi atau bekas telur.

11. Jika anda ingin kuih cepat sejuk, rendam loyang kuih di dalam dulang berisi air.

12. Kuih talam yang sedap ini mampu bertahan selama 24 jam di luar dan lebih kurang 2 hari dalam peti sejuk.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 + five =