Tayar Motorsikal Pancit? Boleh Tampal Guna Gula-Gula Getah Untuk Sementara Waktu!

Tayar Motorsikal Pancit? Boleh Tampal Guna Gula-Gula Getah Untuk Sementara Waktu! | Ada kalanya malang tidak berbau apabila kenderaan yang kita naiki untuk ke tempat kerja mengalami masalah. Biasanya tayar bocor atau pancit dan menyebabkan urusan menjadi tergendala.

Anda bernasib baik kalau tayar motorsikal pancit berlaku ketika berada di rumah dan mungkin ada kenderaan alternatif yang lain.

Namun jika ianya berlaku di kawasan yang terpinggir ataupun ketika memandu di waktu malam memang agak sukar untuk mendapatkan bantuan jika berada di luar kawasan.

Lebih sukar bila tiada yang sudi membantu atau tiada alatan untuk menggantikan tayar pancit ini.

Perkongsian di laman sosial Facebook memberi pilihan alternatif bagi penunggang motorsikal yang mengalami masalah tayar motorsikal pancit sama ada di jalan biasa atau lebuh raya.

Tip alternatif apabila tayar motorsikal pancit semasa dalam perjalanan ke tempat kerja :-

  • Terus pergi ke pam minyak yang berhampiran.
  • Set meter pam angin tempat tayar pancit. Pam tayar dan pastikan ada tempat pancit.
  • Beli chewing gum atau gula-gula-getah. Kunyah dalam beberapa minit.
tayar motorsikal pancit
Tampal guna guta-gula getah.
  • Guna test pen, paku atau ranting kayu yang keras untuk masukkan chewing gum yang telah dikunyah tadi ke dalam lubang tempat pancit. Pastikan tayar ada angin.
  • Pam tayar lebih kurang 250 kpa.
  • Boleh teruskan perjalanan ke tempat kerja atau
  • Pergi ke bengkel yang berhampiran untuk tampal tayar yang kekal.
Masukkan gula-gula getah di tempat pancit.

#SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA NANTI.

BACA JUGA: Masalah ‘Flat Spot’, Kenapa Tayar Boleh Kempis Kalau Diparkir Lama?

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty + nine =