Home All Petua Tanaman ‘Kencing Harimau’, Petua Untuk Elakkan Tanaman Diganggu Binatang Liar

‘Kencing Harimau’, Petua Untuk Elakkan Tanaman Diganggu Binatang Liar

'Kencing Harimau', Petua Untuk Elakkan Tanaman Diganggu Binatang Liar 1

Sudah menjadi kebiasaan petani atau pekebun akan mengalami masalah dengan haiwan perosak dan haiwan liar yang merosakkan tanaman mereka bila-bila masa sahaja terutamanya apabila kebun berhampiran dengan hutan.

Masalah seperti ini bagai sudah menjadi asam garam dalam mengusahakan tanaman terutamanya seperti babi hutan atau monyet yang sentiasa menyerang tanaman yang telah diusahakan.

Pelbagai petua orang dulu-dulu yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan perkara ini terjadi berulang kali.

Salah satu petua yang boleh di guna pakai ialah seperti yang dikongsi oleh saudari Norfaizah Aziz bagaimana untuk membuat air kencing harimau tiruan dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu belacan dan ubat gegat sahaja.'Kencing Harimau', Petua Untuk Elakkan Tanaman Diganggu Binatang Liar 2

Hancurkan mereka berdua. Belacan + ubat gegat. Gaul bg sebati. Masuk dlm botol. Buat sedikit lubang pada botol supaya baunya keluar.

Resepi yang ayah saya bagi utukk elakkan babi. Sebab baunya mcm kencing harimau. Saya tak tau kencing harimau mcm mana baunya…Ayah saya letak di kebun nya

Ikut teori saya, kalau babi boleh takut kencing rimau, mesti kucing pun takut. Malam tadi bereksperimen. Buat masa ni kucing belum berakkan lagi pokok saya dan kawasan berdekatan botol yg saya letak. Esok nak tinjau lagi hasil eksperimen.'Kencing Harimau', Petua Untuk Elakkan Tanaman Diganggu Binatang Liar 3

'Kencing Harimau', Petua Untuk Elakkan Tanaman Diganggu Binatang Liar 4

'Kencing Harimau', Petua Untuk Elakkan Tanaman Diganggu Binatang Liar 5

'Kencing Harimau', Petua Untuk Elakkan Tanaman Diganggu Binatang Liar 6

Sebelum ni ayah saya guna minyak kibas utk elak kerbau rosakkan pagar n tanaman. Sebab yg sama, bau rimau. Tapi minyak kibas susah nak dapat.

Aroma kencing harimau yang berada di paras tanah menyebabkan haiwan seperti babi hutan, ular, tikus, musang, memerang, monyet, gajah, tupai dan lain-lain akan terkesan dan lari dari kawasan tersebut.

Cubalah buat, tgk teori org kampung berkesan atau tidak.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here