Nak Tanam Sayur Guna Botol Mineral? Wanita Ini Kongsi 9 Langkah Jimat & Senang

Ini cara paling murah dan jimat malah senang tanam sayuran. Dengan teknik 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai)

Nak Tanam Sayur Guna Botol Mineral? Wanita Ini Kongsi 9 Langkah Jimat & Senang | Jatuh hati dan minat bercucuk tanam, tidak menjadikan halangan kepada Nur Aida Md Zainuddin biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang peguam. Jika ada sedikit ruang masa, beliau akan buat sesuatu untuk berbakti kepada tanah.

Antara tanaman hasil tangan beliau seperti cili, ulam-ulaman, buah, dan beberapa jenis sayuran. Kali ini beliau berkongsi cara paling mudah dan murah semai dan tanam salad dalam botol mineral.

Beliau berkongsi caranya untuk mak-mak yang baru mula nak berkebun. Tanam sayuran di sekeliling rumah. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan pada sayuran lain seperti sawi, kailan malah bayam.

“Ini cara paling murah dan jimat malah senang tanam sayuran. Dengan teknik 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai). Saya pun baru-baru belajar, jika salah boleh tolong betulkan.” Ini tulisnya dalam perkongsian Nur Aida di grup Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.

9 Langkah Mudah Tanam Sayur Dan Jimat dengan Teknik 3T

tanam sayur

1. Semai dulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna kulit telur. Gunalah apa-apa pun janji tumbuh benih tu.

Nota: Jika mahu gunakan kulit telur, bersihkan dahulu kulit telur dan keringkan. Bimbang ada bakteria pada telur melekat dan ia akan mengganggu tumbesaran benih semaian.

2. Semai tu guna coco peat@sabut. Boleh beli je di nurseri . Harga 1 guni RM15 (sabut ni murah) ada yang dapat 1 guni RM10

3. Bila dah tumbuh dah naik 4 daunnya kira-kira 2-3minggu alihkan ke pasu atau apa. Ni Aida try guna botol mineral sebab nak buat ala-ala hidroponik. Nak lagi cantik google beli je bekas hidroponik.

tanam sayur

4. Cara buat botol tu potong 2 botol mineral macam dalam gambar. Lepas tu buat lubang pada tutup mineral water tu. Masukkan benang (Aida guna tali file). Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nanti sampai.

tanam sayur

5. Isi sabut sikit dalam botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok tu masuk dalam tu.

6. Tips alihkan anak pokok tak nak bagi akar putus guna 2 kayu buat ala-ala chopstik lepas tu tarik keluar.

tanam sayur

7. Bahagian bawah letak air + bajaAB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. Tengok kalau air baja dah habis tambahkan. Ok bila air baja kering 2 kali. Kali ke 3 air biasa je tak perlu letak baja. Lepas tu baru air baja balik.

tanam sayur

8. Awal-awal letak tempat teduh. Dah besar sikit bagi kena cahaya matahari.

tanam sayur

9. Dah 1 bulan.. lebih 2 bulan dah boleh tuai hasil. Sekejap saja kan

Suri Yang Nak Semai Benih, Cuba Buat Ini

tanam sayur

Sebelum semai benih ke bekas semaian, cuba lakukan ini agar benih dapat tumbuh dengan lebih cepat dan sihat.

  1. Sediakan satu bekas air hangat.
  2. Masukkan sedikit epsom salt. Kacau.
  3. Biji benih yang mahu ditanam itu, rendamkan dalam campuran air tadi.
  4. Lakukan di malam hari, jadi keesokan hari benih dengan rendaman epsolt salt itu boleh ditanam pada bekas.
  5. InsyaAllah benih yang jenis susah hidup akan lebih mudah naik tunas.

Selamat mencuba teknik tanam sayur salad dan teknik 3T paling murah ni.

Apa pendapat anda? Dah baca, Jangan lupa komen dan share ya! Baiklah, setakat itu dahulu perkongsian untuk hari ini. Kami mengharapkan apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada pembaca. Akhir sekali, kami berharap agar artikel tanam sayur ini dapat dikongsikan kepada orang ramai agar ilmu yang diberi juga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Sekian terima kasih.

Sumber/Foto : Nur Aida Md Zainuddin

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twelve − 8 =