Tanam Pokok Kucai Kena Letak Tempat Teduh, Tapi Kalau Nak Kucai ‘Gemuk’ Kena Buat Macam Ni

Tanam Pokok Kucai Kena Letak Tempat Teduh, Tapi Kalau Nak Kucai ‘Gemuk’ Kena Buat Macam Ni | Kucai antara sayur yang berbaloi ditanam. Masuk dalam sayur goreng, mi, bihun, cucur dan macam macam lagi.

Bestnya nak tanam pokok kucaipun taklah susah. Kalau nak cepat dapat hasil boleh tanam gunakan ubinya. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut tip penanaman yang dikongsi oleh Yuziyana Yusop.

Tip tanam pokok kucai

  • Benamkan ubi kucai dalam tanah hitam dan tinggalkan sedikit batang kucai dipermukaan tanah.
  • Siram dan letak di kawasan redup seminggu dua ,kemudian terus dedahkan matahari penuh. Kucai suka matahari penuh dari pagi sampai petang.
  • Siram 2 kali sehari dan letak baja organik sebulan 3 kali (baja kopi, baja soya, baja tahi ayam, tahi kambing).

Jangan sayang nak tuai

  • Seawal 3- 4 minggu lepas semai dah boleh mula kerat daunnya yg pertama.
  • Tanam kucai jangan takut atau sayang nak tuai. Lagi kerat lagi cepat gemuk dan daun makin lebar.

  • Musim panas daun lambat panjang, tuai 3-4 minggu sekali.
  • Musim hujan daun cepat panjang,jadi boleh tuai daun 2 minggu sekali.

Cara biakkan & gemukkan kucai

  • Letakkan kucai di tempat teduh jika nak kucai keluar banyak anak. Tapi kucai yang diletak teduh akan jadi halus.
  • Bila dah banyak anak, pecahkan dan tanam semula dalam pasu/polibeg lain.

  • Kucai yang terdedah di tempat panas lebih gemuk tapi lambat sikit membiak.
  • Kucai tempat teduh pula cepat membiak tapi daunnya halus saja. Alihkan semula ke tempat panas jika mahu kucai yang gemuk.

Sumber: Yuziyana Yusop

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 + 14 =