Tanam Kunyit Sendiri Lebih Mudahkan Mak-Mak Memasak. Ni Tip Berguna!

Tanam Kunyit Sendiri Lebih Mudahkan Mak-Mak Memasak. Ni Tip Berguna! | Cuba bayangkan kalau anda ada menanam kunyit di rumah. Tentu bila-bila masa boleh dituai daunnya untuk dijadikan bahan dalam masakan yang cukup menyelerakan.

Pun begitu sering juga ada diantara kita sering memberi alasan bahawa katanya tangan panas, tanam apa jenis pokok saja mesti mati. Selain itu, ada juga kata tak boleh menanam kerana rumah tiada ruang tanah.

Pun begitu, ada satu jenis tanaman ini yang cukup mudah ditanam dan tidak perlu penjagaan rapi. Lain tak bukan tanaman kunyit.

Cara Tanam Kunyit Di Rumah, Gunakan Pasu Pun Boleh!

Hal ini telah dikongsi oleh Nurul ‘Izzah Zulkifli. Ini katanya :

“Tapi ada sesuatu yang tidak mematahkan semangat saya mahu menanam. Psssstt.. banyak sebab antaranya, mahu yang segar dan organik, bebas racun serangga dan menjimatkan wang! Jadi, saya kongsikan sejenis tanaman mudah untuk anda!”

KUNYIT aka turmeric atau nama saintifiknya Curcuma Longa.!

Kunyit seperti yang diketahui ada banyak khasiatnya dan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat Asia.

Turut dikenali sebagai salah satu ‘superfood’ yang berkesan sebagai anti-inflamasi dan antioksidan, ianya juga berguna sebagai anti-depressi, pewarna makanan dan daunnya sebagai ulam atau pembuka selera dalam masakan.

Ok, berbalik kepada tajuk kita iaitu cara tanam kunyit.

Apa Yang Perlu Ada Untuk Tanam Kunyit?

1. Bekas menanam.
Untuk permulaan, boleh gunakan botol plastik seperti air mineral atau bekas makanan. Tebukkan lubang di bahagian bawah botol mineral menggunakan paku atau drill. Saya gunakan pasu kecil dan bekas mineral Spritzer saiz 9.5ml sahaja.

2. Rizom aka tunas kunyit.
Ketika membeli kunyit, pilih bahagian yang telah bertunas.

cara tanam kunyit, petua tanam kunyit, tip tanam kunyit, tanam kunyit dalam pasu, tanam kunyit di rumah

3. Tanah.
Boleh didapati di banyak tempat. Lebih mudah jika dapatkan di nurseri yang berdekatan dengan tempat anda.

Cara Tanam Kunyit

  1. Penuhkan bekas menanam dengan 2/3 atau 3/4 bahagian tanah.
  2. Letakkan rizom kunyit dengan tunas menghadap ke atas. kambus nipis sahaja.
  3. Siram 2x sehari.
  4. Setelah beberapa ketika, daun akan mula keluar dan sedia untuk digunakan.

Tip Tanam Kunyit

  1. Gunakan air paip tadahan, air cuci ikan, atau air beras (yang boleh juga digunakan untuk mencuci muka).
  2. Pastikan tanah lembab tetapi awas jangan biarkan air bertakung kerana ianya akan mereputkan ubi kunyit.
  3. Posisikan bekas tanaman di tempat teduh dan tidak terlalu panas.

Bagaimana mahu mendapatkan ubi kunyit?

  1. Apabila daun mulai menguning dan batang kunyit mulai kering, ianya petanda ubi kunyit telah matang.
  2. Mudah sahaja, hanya korekkan keseluruhan tanaman termasuk bahagian akar.
  3. Ambil bahagian yang diperlukan, bahagian yang bertunas boleh terus ditanam semula.

BACA JUGA: Lepas Kupas Bawang Merah, Jangan Buang Kulitnya. Ada Manfaat Pada Tanaman

Cara penggunaan ubi kunyit

  1. Cuci bersih dan rebus ubi kunyit.
  2. Kupas dan buang kulit pada ubi kunyit
  3. Jemur kering kunyit menggunakan tray.
  4. Kunyit yang kering boleh dikisar halus dan disimpan sebagai serbuk kunyit di dalam bekas kedap udara.

Tips gardening di rumah.

  1. Gunakan bekas tanaman dari jenis plastik: ‘reuse’ dan ‘recycle’.
  2. Air siraman berupa air basuhan beras, ikan dan air hujan adalah sangat bagus. Siram anak pokok 2kali sehari menggunakan spray.
  3. Baja dari kulit telur, kulit pisang, serbuk kopi dan serbuk teh adalah yang paling mudah didapati dari dapur anda.
  4. Benih dan baja kompos boleh dibuat sendiri juga dari sisa dapur rumah anda.
  5. Selawat dan bercakap yang positif. Bacaan :
    ‘La haula wala quwwata illabillahil ‘aliyyil ‘azim’
    Tiada daya upayaku melainkan bantuanMu ya Allah..

Dari proses tanam kunyit hinggalah ke siraman, jangan lupa amalkan tips ini ye.tanam kunyit, cara tanam kunyit, petua tanam kunyit, tip tanam kunyit, tanam kunyit dalam pasu, tanam kunyit di rumah

Mudahkan? Jom kita menanam.

BACA JUGA: Petua Air Kelapa Muda Supaya Tanaman Cepat Berbuah

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 − six =