Home All Petua Tanaman Langkah Mudah Tanam Jagung Gred A Di Tepi Rumah Je, Isi Padat...

Langkah Mudah Tanam Jagung Gred A Di Tepi Rumah Je, Isi Padat Puas Makan!

888
0
Langkah Mudah Tanam Jagung Gred A Di Tepi Rumah Je, Isi Padat Puas Makan!

Langkah Mudah Tanam Jagung Gred A Di Tepi Rumah Je, Isi Padat Puas Makan! | Bagi yang hobi bercucuk tanam, jagung antara yang boleh dicuba. Tak perlu ruang banyak, tanam tepi rumah pun boleh termasuklah jagung gred A yang penuh isinya.

Seperti perkongsian Azuan Abdullah beliau telah beberapa kali menanam jagung gred ini di rumah menggunakan tong cat, tayar dan semuanya menjadi.

Bagi yang nak cuba Azuan berkongsi tip dan langkah untuk tanam jagung yang isinya cantik, padat.

Langkah tanam jagung tepi rumah

1. Boleh tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik.

2. Tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih untuk 1/lubang point. Caranya tekankan biji benih hingga tenggelam lebih kurang 1 inci. Siram dengan sedikit air untuk lembabkan media. Anak saya Aqeel tanam 4 point.

3. Semua benih (8 pokok) mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Hanya 5 pokok sahaja yang nampak sihat, yang bakinya saya cabut. Ini salah satu kekurangan bila tanam secara terus.

4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air kosong setiap hari. Anggaran kuantitinya antara 200 – 500 ml setiap point.

5. Umur 10 hari dah boleh mula siram air baja. Saya guna kaedah siraman. Guna larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0 mS. Siram lebih kurang 500 ml satu point.

Buat kaedah siraman ini dua kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari. Hari yang tak siram baja, perlu siram dengan air kosong paling kurang 1 kali sehari.

6. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Saya guna racun organik buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu). Eloknya sembur pada awal pagi.

Lakukan kawalan ini dua kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Kadang – kadang, seminggu sekali pun ada saya sembur.

Tanam Jagung7. Bila pokok umur 21 hari, siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point pada kepekatan 2.0 mS. Siram air kosong pada hari yang kita tidak siram air baja. Lakukan siraman sebegini hingga pokok berumur 30 hari.

8. Bila pokok berusia 31 hari, siram dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. 1 – 2 liter 1 point pada kepekatan 2.5 mS. Lakukan hingga pokok dah boleh tuai. Biasanya antara 63 – 70 hari lepas tanam.

Tanam Jagung

Kaedah ini telah uji tanam jagung berkali – kali. Ada yang ditanam dalam pasu, tanam jagung dalam tong cat dan ada juga tanam jagung dalam tayar. Alhamdulillah hasilnya sangat puas hati, buah semua gred A dan isi pun penuh.

Paling seronok dan puas bila dapat makan hasil fresh yang kita tanam sendiri. Bukan setakat segar, malah cantik dan tiada serangan perosak serta 100% bebas racun kimia.

BACA JUGA : Ini 7 Cara Rebus Jagung Supaya Tak Liat & Kecut Bila Dah Sejuk

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here