Cara Tanam Bayam Brazil Dalam Bekas Botol Plastik Yang Super Cool. Cukup Mudah & Dapat Jimat Ruang!

Cara Tanam Bayam Brazil Dalam Bekas Botol Plastik Yang Super Cool. Cukup Mudah & Dapat Jimat Ruang! | Sebut sahaja Bayam Brazil pasti ramai yang mengenali salah satu sayuran yang cukup enak dimakan. Selain dibuat ulam, sayur ini juga sedap digoren belacan mahupun digoreng salut tepung untuk dijadikan kudapan.

Buat ibu-ibu yang nak tanam sendiri pokok ini, jangan risau ia sejenis tumbuhan yang mudah untuk ditanam dan cepat membesar. Cuma kenalah ada caranya.

Bagi yang nak jimatkan ruang tanah, ikut cara Pn Zainol Yunus‎ ini dengan menggunakan botol plastik terpakai untuk tanam bayam brazil. Selamat mecuba!

Salam sahabat BDR semua. Dulu akk pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanamb.brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Gambar agak tak tersusun. Akk explain pada setiap gambar tu. Kepada ahli baru..selamat mencuba.

Cara-cara membuat:

  1. Sebelum menebuk lubang…tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.

tanam bayam brazil

2. Bawah botol pun perlu ditebuk.

tanam bayam brazil

3. Botol siap ditebuk..boleh guna besi panas.

tanam bayam brazil

4. Cara nak masukkan tanah ke dalam botol.

tanam bayam brazil

5. Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.

tanam bayam brazil

6. Sebelum cucukkan batang b.b pada botol…masukkan air supaya tanah lembap…lebih mudah nk tanam batang bayam brazil.

tanam bayam brazil

7. Batang yg telah ditanam pada botol.

tanam bayam brazil

8. Ini contoh yang dah lama ditanam.

tanam bayam brazil

Semoga dengan perkongsian cara tanam bayam brazil menggunakan botol mineral ni dapat membantu memudahkan mereka yang tidak mempunyai ruang halaman untuk bercucuk tanam.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty − four =