Ikut 5 Tip Ini Kalau Tak Nak Santan Pecah Minyak Ketika Masak Gulai

Ikut 5 Tip Ini Kalau Tak Nak Santan Pecah Minyak Ketika Masak Gulai | Memang tidak boleh dinafikan bahawa santan merupakan bahan utama dalam masakan Melayu. Tanpa santan, makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti rendang, gulai dan kari pasti tidak cukup sifat.

Malangnya, bukan senang nak masak menggunakan santan. Disebabkan sifatnya yang penuh lemak, kita kadangkala dicabar dengan masalah santan pecah minyak.

Walaupun masih boleh dimakan, ia nampak agak kurang menyenangkan. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan masalah ini ya?

BACA JUGA :: 7 Adab Memasak Nasi Cara Islam Yang Patut Diamalkan. Nasi Sedap Rezeki Diberkati.

Gunakan 5 tip di bawah untuk mengelakkan santan pecah minyak:santan pecah minyak

BACA JUGA :: Tip Nak Pastikan Makanan Bersantan & Santan Mentah Tahan Lebih Lama

[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Tip 1: Gunakan api yang sederhana

Pastikan kuah santan anda direneh pada api yang sederhana dan elakkan daripada mendidih. Kuah santan yang dididih pada api yang besar akan menyebabkan santan pecah minyak.

Tip 2: Kacaukan santan dengan kerap

Kacaukan santan dengan perlahan dan konsisten supaya santan dicampur sebati dengan kuah. Elakkan daripada mengacau santan dengan terlalu laju kerana ia akan mengakibatkan kandungan minyak dari santan keluar dengan cepat dan memecahkan teksturnya.

Tip 3: Masukkan santan cair sebelum santan pekat

Terdapat beberapa jenis santan iaitu santan cair dan santan pekat. Jika resepi anda menggunakan kedua-dua jenis santan, tumiskan santan cair dengan bahan-bahan lain terlebih dahulu. Masukkan santan pekat setelah santan cair sudah mereneh.

Tip 4: Gunakan santan segera

Santan segar lebih cenderung untuk pecah lemak berbanding santan segera. Ini kerana santan segera mengandungi penstabil dan pengemulsi yang membantu santan untuk mengekalkan teksturnya.

Tip 5: Campurkan tepung beras

Sebelum menggaulkan santan dengan kuah, campurkan satu sudu besar tepung beras dengan santan dan kacau sehingga larut. Masukkan campuran santan dan tepung beras ke dalam kuah untuk menghasilkan kuah yang lebih sempurna.

Dengan menggunakan tips ini, anda tidak lagi akan mengalami masalah santan pecah minyak. Anda mempunyai petua untuk dikongsikan juga? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

BACA JUGA :: Tip Memilih 4 Jenama Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan, Tersalah Beli Rosak Masakan Korang!

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

thirteen − 5 =