Awas! Inilah Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak. Nombor 7 Tu Paling Tak Sangka

Awas! Inilah Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak. Nombor 7 Tu Paling Tak Sangka | Mungkin kita pernah dengar ada kawan-kawan yang tiba-tiba terkena masalah saraf dan tidak kurang juga yang meninggal dunia kerana darah beku pada otak.

Yang mengejutkan mangsa yang kita kenali memang sihat tubuh badan dan tidak pernah mengadu sakit apa-apa.

Kerosakan otak boleh berlaku secara drastik disebabkan trauma semasa kemalangan sama ada perlanggaran pada bahagian otak yang kuat ataupun disebabkan oleh penyakit lain seperti tekanan darah tinggi.

Kerosakan otak

BACA: 22 Amalan Harian Boleh Kita Praktikkan Dari Subuh Sampai Tutup Mata, Selamat Dunia & Akhirat

Namun, sebenarnya aktiviti seharian kita juga boleh menyebabkan kerosakan otak jika dilakukan kerap dan dalam tempoh yang lama.

Cuba perhatikan 10 tabiat ini adakah yang merupakan rutin dalam hidup kita?

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita dan mengelakkan dari kerosakan otak.

BACA: Kesan Pada Otak Anak Jika Kurang Diberi Perhatian Dan Kasih Sayang

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.