Nak Susutkan Bengkak Pada Anggota Badan? Cuba Petua Berkesan Dan Mujarab Ni!

Nak Susutkan Bengkak Pada Anggota Badan? Cuba Petua Berkesan Dan Mujarab Ni! | Pernah tak korang mengalami masalah bengkak pada kaki atau tangan atau dimana-mana bahagian di badan korang? Kalau ada, kami nak kongsi sedikit tips berkesan untuk susutkan bengkak yang korang boleh cuba buat dekat rumah.

Yang penting, tips ni memang mujarab! Tapi, sebelum guna tips ni, korang kena sediakan dulu bahan-bahannya.. Meh kita tengok apa tips yang diperlukan :

Cara Tradisional Susutkan Bengkak

Bahan-bahan :

  • Sediakan segenggam beras
  • Segenggam kencur
  • Sedikit Air

susutkan bengkak

BACA JUGA :: Guna 2 Bahan Cipta Ramuan Ni, Kaki Bengkak Akibat Kencing Manis Susut Dan Tak Perlu Dibedah

Cara-cara yang disediakan untuk susutkan bengkak:

  1. Korang rendam beras 1 jam sebelum ditumbuk. Basuh kencur hingga bersih. Tapi korang tak perlu buang kulitnya.
  2. Tumbuk Bahan
  3. Seterusnya, korang tumbuk kedua-dua bahan tadi sampai lumat tau !
  4. Tambah Air, bila dah hancur, korang tambah sedikit air. Kemudian, tumbuk hingga jadi betul2-betul halus okay!
  5. Siap untuk digunakan

Bila dah betul-betul hancur, korang boleh masukkan ke dalam bekas okay. Ini dah siap untuk digunakan tau.. Kalau korang buat lebih, simpan je dalam peti ais.

Sapu kat tempat yang bengkak ! Korang kena sapu rata di bahagian yang bengkak , kemudian biar sahaja supaya bahan-bahan yang dicampur meresap di bahagian yang bengkak. Bila kering, korang bilas dengan air bersih tau.

Sapu pada waktu malam dan biar semalaman. Ibu yang berpantang pun boleh pakai tips ni tapi lagi elok korang tambahkan sedikit kunyit dalam ramuan. Korang sapu di seluruh badan untuk bagi angin keluar dan Insya Allah boleh susutkan bengkak.

Nak kesan yang cepat, korang pakai 3 kali di kawasan yang bengkak tu okay!

Kredit : Puanlinahassan

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.