Sukatan Mudah Buat Rempeyek, Puas Hati Boleh Letak Bilis & Kacang Banyak Mana

Nampak macam susah tapi bila tengok resipi yang dikongsi Suhada Ghads ini macam senang jer nak buat rempeyek.

So tahun ni apa kata buat sendiri, bole letak banyak bilis atau kacang banyak, ikut cita rasa. Barulah best. Boleh ikut resipi Suhada ni ya.

Bahan-bahan buat rempeyek:

  • 3 cawan tepung beras (saya guna cap 3 Gajah)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • ¹/² cawan ketumbar (blend kering)
  • 1 sudu (B)jintan manis (blend kering)
  • 200g udang kering (blend kering)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan santan
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara buat rempeyek:

buat rempeyek

  1. Ikan bilis dan kacang cuci bersih dan tos.
  2. Bancuh sahaja semua adunan kecuali kacang dan bilis. Air secukupnya. Bancuhan jangan pekat, jangan cair sangat.
  3. Boleh mula menggoreng. Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera.
  4. Siap

buat rempeyek

Selamat mencuba

Sumber:Suhada Ghads

BACA: Liat & Manis, Resipi Kuih Bunga Tradisi Terengganu Ini Sesuai Dijadikan Juadah Berbuka

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × two =