Home Resipi Suka Makan Cheese Tart? Resepi Black Current Cheese Tart Ini Mendapat Share...

Suka Makan Cheese Tart? Resepi Black Current Cheese Tart Ini Mendapat Share Tertinggi

5547
0
cheese tart

Sapa suka makan cheese tart? Mai sini, sis nak kongsi resepi dan tips buat cheese tart.

Resepi Cheese Tart Mudah Dan Sedap!

Bahan Crust:

  1. 170gm butter
  2. 50gm gula aising
  3. 1 biji telur gred C
  4. 290gm tepung gandum
  5. 1 sudu teh esen vanilla

Pukul marjerin dan gula(tidak perlu terlalu lama)masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagimasukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Tips:

  • bagi mendapatkan doh yang baik, masukkan doh kedalam plastik dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
  • jika menggunakan doh gred B, buangkan sedikit putih telur agar crust tidak terlalu keras.

ambil crust tadi dan tekankan kedalam acuan tart. cucuk dengan garfu sebelum di bakar. bakar sekitar suhu 170c selama 20-25 minit atau sehingga masak. crust ni boleh buat banyak dan simpan dalam bekas kedap udara kerana ia tahan lama. jika ingin di gunakan terus. pastikan crust sudah sejuk sebelum diisi dengan cheese dan filling.

Bahan filling:

Gunakan bahan yang anda suka seperti jem strawberry, jem nenas, kewi. untuk kali ni admin guna blackcurrent

Bahan cheese:

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor/gula halus
  • 1 biji telur gred B
  • 1/2 sudu teh esen lemon

keluarkan cream cheese 15-20 minit sebelum digunaka. JANGAN biarkan cream cheese berada pada tahap suhu bilik. putarkan cream cheese dan gula sehinggan berkrim. kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi. putar sehingga berkilat.

AMARAN:

Jangan putar terlalu lama, kerana akan menyebabkan cream cheese cair dan jangan putar terlalu sekejap, kerana menyebabkan cream cheese nampak tak licin bila isi dalam crust nanti.

cheese tart

Next Step:

  • masukkan filling kedalam piping bag.
  • masukkan cheese kedalam piping bag berlainan
  • ambil satu crust dan isikan dengan filling dan iskan lagi dengan cheese(biar nampak membuncit sedikit)
  • gunakan daya kreativiti anda untuk hias.
  • Siap cheese tart anda sedia untuk dimakan!

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here