Jangan Panik, Ambil Suhu Badan Di Bawah Paras Normal Itu Adalah Normal!

Sejak kita mengamalkan norma baharu ini banyak premis serta syarikat yang mula mengamalkan ambil suhu badan.

Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan suhu badan yang di ambil dan tertanya-tanya apakah cara yang betul untuk ambil imbasan suhu?

Selalunya ada individu mengambil dan memeriksa suhu dengan jarak yang jauh dan terlalu dekat hingga menyebabkan bacaan suhu tidak tepat.

Cara-caranya mudah sahaja, jika imbasan suhu anda seperti di dalam gambar (di bawah) ini anda perlu mengambil jarak sebanyak 3-5 cm daripada dahi.

suhu badan

Atau ambil 3 jari (ibu jari dan jari kelingking dilipatkan) kerana ia secara kasarnya ia bersamaan dengan 3-5cm.

Dalam pada itu, ramai juga yang mempertikaikan alatan yang digunakan untuk mengambil bacaan suhu badan dan bertanya adakah ia sesuai diguna pakai untuk memeriksa suhu?

Jawapannya YA, ia adalah kiraan suhu yang baik. Cuma selalunya jika menggunakan imbasan suhu seperti ini dan bacaannya di bawah normal adalah sangat normal.

Namun, kiraan suhu tidak tepat apabila anda sedang beratur panjang dan lama di bawah terik matahari dan apabila anda mengambil suhu, suhu anda tinggi. Namun begitu tidak bermaksud anda demam.

Ataupun jika anda berada di tempat yang terlalu sejuk imbasan suhu badan akan menjadi 20c dan ke atas.

Namun harus diingat, suhu badan yang di ambil adalah suhu badan teras di dalam badan.

suhu badan

Jika dahulu kita guna thermometer mercury (seperti di dalam gambar di atas) namun ia tidak sesuai dan tidak selamat untuk dipakai di zaman sekarang.

Bimbang jika ia patah atau pecah menyebabkan mrcury itu meruap dan akan memberi kesan pada kesihatan Oleh yang demikian, para perubatan mula memakai jenis infrared yang memerlukan ‘tembak’ di telinga, thermometer digital di mana memerlukan kita mengambil suhu dengan meletakan di bawah lidah.

BACA: Petua Hilangkan Panas Badan Dengan Barli Dan Cincau

Menurut Dr. Sazone, sebenarnya suhu yang paling tepat untuk di ambil adalah melalui dubur. Namun ia tidak pratikal untuk dilakukan.

Untuk menentukan seseorang itu demam bukanlah dengan mengunakan alatan seperti ini. Ia memerlukan bacaan yang lebih tepat dan sahih. Malah jika anda demam anda akan menunjukan simptom-simptom lain juga.

Oleh itu jangan risau jika bacaan suhu anda melebihi 37c jika anda merasa anda sihat dan tidak ada simptom-simptom lain anda digalakan untuk berehat sebentar dan ulang bacaan.

Sumber: Dr. Sazone

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 + eleven =