Kalau Guna Steam Iron, 5 Penjagaan Ini Penting Untuk Diikut Kalau Nak Tahan Lama.

Steam iron atau seterika stim ini memang memudahkan kerja menggosok pakaian pakaian. Malah ramai wanita yang mengidamkannya. Puas hati kalau dapat!

Tapi jika dah memilikinya kenalah tahu cara penjagaannya memandangkan harganya boleh tahan mahal. Rugilah kalau beli mahal-mahal rosak pulak.

Berdasarkan pengalaman menggunakan seterika jenis ini Wnsyakir Wan Abdul Rashid berkongsi pesanan buat pengguna lain.

Pernah mengalami pengalaman steam iron kesayangan rosak kerana stim tak keluar dan tangki berkeladak, dia berhabis RM350 untuk membaiki seterika kesayangannya ini.

Berdasarkan apa yang dilalui dia berkongsi panduan berikut;

5 pesanan penting

Setelah 11 hari kat service centre, akhirnya si purple ni pulang ke pangkuan keluarga.
Kena la RM350 Masalah: steam tak keluar, tangki ada keladak.
Barang yang diganti: valve, tank, & waterpump.

(Kepada yangg bertanya: warranty dah habis, dan saya dah guna iron ni dekat 3 tahun rasanya. Saya hantar ke philips service centre, saya google je kat mana. Bila hantar ke SC, nanti mereka akan check dan bagi tahu apa masalah dan kos repair atau kos ganti, bila kita setuju baru mereka proceed untuk repair).

Pesanan kepada sesiapa yang menggunakan steam iron macam ni:

steam iron

1. Jangan biarkan air dalam tangki tu lama-lama

Paling baik setiap kali lepas guna, kosongkan tangki..kalau memang hari-hari guna masih ok tinggalkan dalam tu. Kalau contohnya balik kampung, bercuti, tinggalkan iron ni, tolong kosongkan tangki dulu ya. Kalau air bersih sekalipun, kalau ditingglakan air dalam tu, masih boleh mengundang semut dll masuk dalam tangki.

2. Dua minggu sekali buat descale

Kalau kuat guna better 2 minggu sekali buat descale or sebulan sekali tak payah tunggu lampu decalc nyala, masukkan air bersih dalam lubang easy decalc (time sejuk), keluarkan air kotor, buat sampai bersih.

Ni Cara Nak Descale Steam Iron

3. Jaga kabel

Untuk jaga cable, balut cable (tiub salur air/elektrik) untuk elak putus, rosak sebab bergesel dengan iron board.

4. Gunakan air bersih

Kadang-kadang air paip pun ada time keruhnya kan, elakkan. Elok guna Air RO yang tiada mineral tu. Kalau kat kedai yang air penutup putih tu.

5. Jangan sambungkan iron pada extension

Sebaiknya gunakan direct ke plug dinding. Sentiasa off plug dinding juga bila tidak menggunakan steam iron ni.

BACA JUGA :: Ini Hebatnya Iron Philips Idaman Wanita Versi Jimat, Fungsinya Macam Harga Beribu Tu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − 18 =