Nak Buat Sotong Goreng Tepung Rangup & Tak Lerai, Ini Caranya.

Nak Buat Sotong Goreng Tepung Rangup & Tak Lerai, Ini Caranya. | Suka makan sotong goreng tepung? Kalau buat sendiri mesti korang hadapi masalah minyak akan ‘meletup”. Kemudian tepung sadur akan lerai dari sotong. Sakit hari dibuatnya.

Sotong goreng tepung memang enak tetapi ramai yang hampa kerana hasilnya tidak menjadi. Ramai yang mencari rahsia hasil gorengan yang elok dimana tepung melekat dengan sotong sering menjadi tanda-tanya, sehingga ada yang mencari tepung serbaguna untuk goreng sotong. Ada ke?

Yang dah cuba buat sotong goreng tepung menggunakan tepung serbaguna dan hasilnya tetap mengecewakan jangan risau ada cara untuk pastikan sotong goreng tepung elok kejadiannya. Korang ikut je resipi dan cara memasak seperti yang dikongsikan ini.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Nak Buat Sotong Goreng Tepung Rangup & Tak Lerai, Ini Caranya.

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
  • 2 sudu besar cuka epal

Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.

BAHAN TEPUNG SADUR:
  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya

Gaul sebati semua bahan di atas.Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.

CARA MEMBUAT:
  1. Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
  2. Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
  3. Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
  4. Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.

SOS PENCICAH:

  • 3 sudu besar sos Thai
  • 1 sudu besar mayones

CARA MEMBUAT:

  1. Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika suka.
  2. Hidangkan bersama sotong yang telah digoreng tadi.

Tip sotong goreng tepung lekat pada tepung dan rangup:

1. Pastikan buang kulit ari-ari sotong dan sejat dalam penapis sahaja. Tidak perlu tisu.

2. Jangan pukul telur beria sangat, sikit-sikit sahaja. Nanti telur tersebut ringan apabila pukul lama. Pukul bagi putih dengan kuning mix sahaja cukup. Telur berfungsi seperti gam. Kemudian baru masukkan dalam tepung.

3. Salut dengan adunan tepung rata dan terus goreng. Jangan gaul banyak-banyak kemudian lambat goreng. Perlu gaul-gaul terus goreng .

4. Pastikan sotong bebas dari air. Lap menggunakan tisu. Adunan tepung tidak boleh cair sangat.

5. Minyak kena banyak dan betul-betul panas baru masuk sotong tersebut.

6. Perap sotong dengan rempah kari dan sedikit garam. Kemudian, celup sotong dengan telur dan tepung gandum. Goreng dengan minyak panas.

7. Perap dahulu sotong dengan bawang putih. Selepas 1-2 jam, keluarkan dan celup dengan telur. Letak tepung beras dan lada sulah sedikit sahaja dan garam. Selang celup dengan tepung gandum. Ulang 2 kali celup telur dan tepung. Akhir sekali, goreng dalam minyak bertakung atau guna sahaja periuk kecil pun memadai.

Kami harap perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang ingin menghidangkan sotong goreng tepung buat keluarga. Goreng sendiri lebih jimat betul tak?[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 + three =