Home All Petua Tanaman Snake Plant Boleh Kurangkan Habuk Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA Lagi

Snake Plant Boleh Kurangkan Habuk Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA Lagi

26314
0
Snake Plant Boleh Kurangkan Habuk Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA Lagi

Snake Plant Boleh Kurangkan Habuk Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA Lagi  | Dalam sehari, agak-agak berapa kali mak-mak menyapu sampah dalam rumah. Habuk-habuk yang ada dalam rumah dan ini belum lagi bila anak-anak menyepahkan barang-barang mainan. Sambil membebel, mak-mak kenalah sapu, kalu tak ‘sakit mata’ dibuatnya.

Kalau boleh rumah naklah bersih, tak ada habuk yang boleh membawa masalah kesihatan pula. Jadi, mak-mak yang sangat mementingkan kebersihan, bolehlah berjinak-jinak dengan menanam pokok hidup ini.

Ini antara perkongsian oleh Huda Zainal tentang pokok hidup Snake Plant nie.

BACA: 8 Jenis Pokok Hidup Sesuai Diletakkan Dalam Bilik Tidur Untuk Tenangkan Fikiran

“Snake Plant antara pokok hidup yang disenaraikan oleh NASA yang mampu singkirkan toksid dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah.

Yang paling best semenjak ada Snake Plant atas rak. Rak dah kurang berhabuk. Kalau tak dulu setiap hari nak kena lap habuk.

Snake Plant juga antara pokok yang disebut “Hard To Kill”. Sesuai sangatlah untuk yang baru nak berjinak deco rumah dengan pokok hidup. Yang terasa diri tangan panas atau black hand pun boleh cuba tanam Snake Plant.

snake plantKalau tak tau mana nak dapat, pergilah singgah nursery pokok. Sepasu pokok ni RM15 dah boleh dapat..

snake plantMana bahagian akar terkeluar potong je .

snake plantsnake plant Bahagian bawah potong menyerong.Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanam..

snake plantJenis pasu berlubang.

Tutup lubang dengan surat khabar..

Masukkan tanah 3/4 penuh.

snake plantDaun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah.

snake plantDah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu.

Ikutlah kreativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang. Tapi pokok ni tak siram 2 minggu pun dia boleh hidup lagi. Snake plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.

Selamat mencuba.

Lepas nie, mak-mak yang rasa ‘tangan panas’ tak perlu risau sebab boleh tanam pokok hidup nie.

Sumber: Huda Zainal

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here