Lihat Bagaimana Sistem Penyaman Udara Restoran Mampu Menyebarkan Virus COVID-19

Lihat Bagaimana Sistem Penyaman Udara Restoran Mampu Menyebarkan Virus COVID-19
| Dalam satu artikel yang diterbitkan di jurnal Emerging Infectious Diseases berdasarkan kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), saintis di Guangzhou menjelaskan secara ringkas ‘lihat bagaimana sistem penyaman udara di sebuah restoran mampu menyebarkan virus COVID-19’.

A1 dalam rajah di atas pada mulanya hanya satu-satunya individu yang menghidap wabak pandemik ini, namun telah menjangkiti sembilan yang lain disebabkan oleh lokasi penyaman udara meniupkan udara di sekitar bilik.

Walaupun lokasi meja berjarak satu meter, disebabkan adanya penyaman udara, virus COVID-19 yang boleh disebarkan melalui titisan (droplets) atau partikel berat (heavy particle) yang dalam situasi normal tidak akan terapung dalam jarak satu meter akan mampu bertahan.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

sistem penyaman udara

Lihat bagaimana virus COVID-19 disebarkan oleh lokasi sistem penyaman udara

Kunci utama penyebaran adalah disebabkan oleh penghantaran yang didorong daripada sistem pengudaraan penyaman udara. Aliran udara yang kuat dari penyaman udara menyebarkan titisan dari meja C ke meja A sebelum ke meja B dan kembali semula ke meja C.

Penemuan ini telah memberikan implikasi besar kepada kepentingan pembaharuan sistem operasi di restoran dan kedai-kedai makan yang akan menjalankan operasi selepas dibenarkan meneruskan perkhidmatan apabila perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan berakhir.

BACA: 5 Sebab Penggunaan Glove Akan Meningkat Risiko Jangkitan Virus

Disebabkan itu jugalah, saintis tersebut turut menyarankan agar restoran dan kedai makan menambah lagi jarak antara meja dan menaik taraf sistem pengudaraan supaya jangkitan penularan dapat diminimumkan sebaiknya.

Tidak dinafikan, selepas daripada perintah berkurung mahupun perintah kawalan pergerakan ‘diangkat’ dari negara mahu pun dunia, masyarakat tidak akan mampu kembali kepada kehidupan normal mereka dalam satu tempoh masa yang lama.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − thirteen =