Sindrom Nefrotik, Doktor Kongsi Tanda-Tanda & Rawatan. Jika Muka Anak Bengkak Sila Jumpa Pakar!

Sindrom nefrotik merupakan penyakit buah pinggang yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Mereka yang berhadapan dengan penyakit ini akan kehilangan protein dalam air kencing sehingga menyebabkan aras protein dalam darah menjadi rendah. Mereka juga turut mengalami pembengkakan pada wajah, kaki ataupun tubuh badan.

Terbaru, di Twitter, Dr. Siti Sarah ada menerangkan secara lebih jelas mengenai tanda-tanda serta punca berlakunya penyakit ini. Selain itu, Dr. Siti Sarah juga turut menjelaskan prosedur yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sekiranya anak mereka menghidapi penyakit sindrom nefrotik ini.

Tanda-tanda Sindrom Nefrotik

Ibu:Doktor, anak saya ni dah seminggu muka bengkak.Kaki dia pun bengkak.Kenape ye doktor?

Dr:kencing ada berbuih x?
ibu:ada berbuih juga
Dr: tanda2 seperti kena penyakit buah pinggang sindrom nefrotik.

Sindrom Nefrotik

Sindrom Nefrotik

Sindrom Nefrotik

Kehilangan protein dalam air kencing

Sindrom nefrotik ialah pesakit mengalami kehilangan protein dlm air kencing & menyebabkn aras protein dlm darah rendah.Aras protein dlm darah rendah menyebabkan bengkak (oedema) di sekitar mata, perut & kaki. Berlaku 2-15 kes bagi setiap 100,000 orang kanak-kanak setiap tahun.

Sebab-musabab berlakunya sindrom nefrotik di kalangan kanak-kanak tidak diketahui. Berkemungkinan besar, penyakit ini berkait rapat dengan sistem imun badan. Di kalangan kanak-kanak besar dan orang dewasa, penyakit ini trjadi disebabkan SLE atau diabetes.

Pemeriksaan makmal:

  • Pemeriksaan air kencing.UFEME dan urine protein creatinine index
  • albumin dalam badan
  • RP:fungsi buah pinggang
  • Paras kolesterol.

Paras kolesterol biasanya tinggi di kalangan kanak-kanak yang mengalami sindrom nefrotik Ujian makmal lain spt C3 C4, ASOT.

Kesan sampingan steroid

Ubat yang disarankan untuk rawatan sindrom nefrotik di kalangan kanak-kanak ialah sejenis steroid iaitu prednisolone. Penggunaan prednisolone perlulah di bawah arahan seorang Pakar Pediatrik. Dos ubat dikira berdasarkan berat dan tinggi kanak-kanak.

kesan sampingan steroid:

  • cushingoid (menjadi bulat)
  • selera makan bertmbh
  • cataract
  • sakit perut
  • jerawat
  • ketinggian terbantut

Kebanyakan pesakit nefrotik akan bg respons positif trhadapt rawatan prednisolone.tanda pertama keberkesanan ubat ialah tiada protein dlm urin.oleh itu, perlu ada pemantauan di rumah dgn memakai urine dipstix.

Sekiranya urin dipstix -ve utk 3hari berturut turut, rawatan ini dikatakan dlm remission.sekiranya urine +ve utk 3hr berturut2, pesakit ini dlm relapse. ibubapa perlu dtg segera berjumpa doktor.

Rujuk kepada pakar

Dalam jangka masa panjang, prognosis adalah baik utk kanak2 yg bg respon positif terhadap rawatan prednisolone (steroid sensitive). Sindrom nefrotik yg sensitif kpd rawatan steroid tidak mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Sakit ini akan ”hilang” dengan masa dan berlaku.

Bagi mereka yang tidak menunjukkan respon kepada rawatan prednisolone dalam dos tinggi selama 4 minggu, mereka dikategorikan mempunyai rintangan terhadap steroid (steroid resistant).

Kanak2 steroid resistant perlu disiasat lebih lanjut lagi & ini termasuk pemeriksaan tisu buah pinggang (biopsi) untuk mengenal pasti jenis dan tahap masalah buah pinggang tersebut. Mereka perlu dirujuk kepada Pakar Pediatrik Nefrologi sbb berisiko mengalami kegagalan ginjal.

Sumber: Dr. Siti Sarah

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten − seven =