Inilah 6 Cara Simpan Daging Supaya Tahan Lama & Segar, Boleh Cuba Ni

Inilah 6 Cara Simpan Daging Supaya Tahan Lama, Boleh Cuba Ni | Anda beli daging lebih atau bercadang nak masak daging tapi tetiba tak jadi masak. Ini ada cara mudah untuk simpan daging supaya tahan lebih lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer.

Kalau betul cara simpan daging ni, hasilnya semasa masak akan lebih baik dan berkhasiat.

6 Cara Simpan Daging Supaya Tahan Lama

Asingkan daging:

Perkara pertama perlu anda lakukan adalah mengasingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tul4ng, bahagian dalaman (perut, hati, limpa dan paru) dan daging cincang. Apabila anda ingin membuat sup anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.

Bersih Dan Cuci Daging

Daging korban adalah daging segar yang tidak banyak kotor atau cemaran kuman. Tetapi ia tetap perlu dicuci bersih sebelum dimasak atau disimpan. Sebaiknya cuci di bawah air mengalir, selepas dicuci elakkan dari meletakkanya di tempat terbuka . Ia akan mengundang pembiakan bakteria dan kuman, oleh itu segera masukkan dalam bekas dan terus masukkan dalam freezer untuk disimpan.

Simpan Daging Dalam Saiz Sekali Masak.

Bila memperolehi daging dalam jumlah banyak, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagian ikut saiz sekali masak. Contoh jika anda mendapat 3 kilogram, bahagikan kepada enam bungkusan (satu bahagian sekali masak). Masukkan dalam bekas atau dalam plastik sebelum disimpan dalam freezer. Ia bertujuan daging tidak mengalami proses pembekuan berulang. Selain bakteria akan lebih mudah membiak , tekstur daging juga rosak dan tidak sedap lagi apabila dimasak.

Simpan Dengan Dengan Bahan Perapan

Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan mengaulkan daging dengan garam, gula , bawang dan kunyit. Ia kerana bahan perapan bersifat antibaktria dan pengawet pada makanan. Secara tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.

Simpan Dalam Bekas Bertutup

Anda wajib menyimpan daging dalam bekas bertutup , ia supaya daging tidak mudah dicemari bakteria yang ada dalam peti sejuk atau bahan-bahan lain yang ada dalam peti sejuk. Jika dimasukkan dalam plastik, anda perlu balutnya dengan kemas.

Perhatikan Suhu Freezer

Suhu yang sejuk membuatkan ba4kteria tidak boleh hidup, oleh itu sebelum menyimpan daging pastikan suhu freezer anda paling kurang dari 18 celcius. Dengan suhu ini daging boleh disimpan sehingga tiga bulan lebih.

Dengan tip yang super lengkap dan mudah ini, diharapkan ada tidak ada masalah lagi untuk menyimpan daging korban atau sebarang jenis daging yang anda ingin simpan lebih lama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen − 5 =