Simpan Barang Dalam Peti Ais Cara Yang Betul, Ibu-ibu Kena Ikut Tip Wanita Ini

Boleh dikatakan hampir kesemua barang yang kita beli disimpan dalam peti ais. Semua ini bagi menjaga ketahanannya selepas dibuka.

Pun begitu sebenarnya ada cara betul untuk menyimpan kesemua bahan ini dengan baik. Bagaimana caranya? Ini yang disyorkan oleh wanita bernama Hani Mynis di facebooknya. Jom ikut caranya.

 

Pengurusan Peti Ais yang betul untuk bahan-bahan:

1. SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)

Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.

Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.

BACA JUGA: Guna 2 Bahan Ini Untuk Kembalikan Aroma Segar Peti Sejuk

2. SUSU

Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen, boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah nanti.

Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.

pengurusan barang dapur, pengurusan barang basah, pengurusan peti ais, cara susun barang dalam peti ais, cara simpan barang dalam peti ais

3. TELUR

Cara menyimpan telur dengan betul.

Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais
Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)

Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.

Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.

pengurusan barang dapur, pengurusan barang basah, pengurusan peti ais, cara susun barang dalam peti ais, cara simpan barang dalam peti ais

2. Simpan dalam peti ais (chiller)

Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.

Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais. Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.

4. UBAT-UBATAN

Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagin pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.

pengurusan barang dapur, pengurusan barang basah, pengurusan peti ais, cara susun barang dalam peti ais, cara simpan barang dalam peti ais

Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.

So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.

#kemasrumahwithhani

Semoga bermanfaat.

BACA JUGA: Berhati-Hati, Benda Ni Boleh Meletup Jika Disimpan Dalam Peti Sejuk Beku

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment