Fungsi 13 Simbol Pada ‘Dashboard’ Meter Kereta

Anda pakai kereta lama atau baharu? Jika kereta lama, simbol yang ditunjukkan tidaklah sebanyak kereta baharu. Teknologi kereta semakin canggih kan, jadi semuanya simbol-simbol ada depan mata anda sahaja. Tapi perlu diingatkan tak semua kereta ada semua simbol.

Seperti 13 simbol pada ‘dashboard’ meter kereta anda. Pasti ramai yang masih tak tahu apa fungsinya. Adakah ia sekadar perhiasan?

Simbol yang dibuat sudah tentulah untuk memberi peringatan dan info kepada anda bukan perhiasan semata-mata ya.

Jadi, jangan tahu isi minyak dan pandu sahaja ya! sebenarnya penting sangat-sangat untuk kita tahu setiap fungsi kereta yang ada pada ‘dashboard’ meter kereta.

1. Temperature Enjin

Apa maksudnya? Maksudnya, enjin kereta anda dah terlalu panas.

2. Tekanan Tayar

Maksudnya tekanan tayar anda tak sama balance. Mungkin ada tayar yang kurang angin.

3. Tekanan Minyak

Maksudnya minyak pada enjin anda kurang, ataupun ada masalah pada sistem minyak enjin.

4. Kawalan Cengkaman

Maksudnya cengkaman kawalan tayar kereta anda tak berfungsi dengan baik dan boleh membahayakan.

5. Amaran Enjin

Banyak sebab yang boleh menyebabkan simbol ni akan berkelip-kelip. Jadi jangan ambil mudah bila ia berkelip.

6. Kunci Anti Break

Maksudnya ada masalah pada sistem break anti lock anda yang anda kena cek.

7. Automatic Shift Lock dan Engine Start Indicator

Maksudnya anda perlu menekan break untuk start enjin atau pun tukar ke neutral.

8. Bateri

Maksudnya bateri kereta anda dah semakin lemah.

9. Minyak

Ini bermaksud anda semakin kehabisan minyak. Fun fact! Ada simbol anak panah pada sebelahnya yang menunjukkan di mana tempat buka gas kereta anda.

10. Tali Pinggang

Ini adalah peringatan supaya anda memakai tali pinggang. Jangan sampai telinga dah bingit dengar bunyi ini tapi masih tak nak pakai!

11. Airbag

Ada masalah pada salah satu airbag dalam kereta anda atau mungkin sistem airbag secara keseluruhannya.

12. Lampu Kabus

Tahu tak lampu kabus tu apa? Hehe simbol ni maksudnya lampu kabus anda terpasang.

13. Air pada wiper

Maksudnya anda kena refill air untuk wiper!
Sumber : Mentalfloss.com

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × two =