Sila Lapar Berjadual, Jangan Asyik Nak Mengunyah Je Masa Duduk Rumah Ni!

Bila berada di rumah tanpa buat apa-apa, pasti akan ada rasa lapar yang berpanjangan. Ya, mesti ada sahaja makanan yang akan di masak, sebelum ini sibuk dengan bekerja dan sebagainya.

Namun, ada juga yang keluh apabila berat badan mereka kian naik semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Jadi, Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya memutuskan untuk berkongsi cara mengawal rasa lapar ketika berada di rumah selama 14 hari ini.

Asyik nak mengunyah je masa “ Duduk di Rumah” ini. Jangan biarkan ia berlarutan kerana anda akan MENYESAL dengan kesannya nanti.

lapar[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Kawal rasa lapar ini dengan alihkan perhatian dengan sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di rumah. Buat apa-apa aktiviti lain selain asyik MAKAN.

Sekiranya rasa lapar..cuba

  • minum AIR KOSONG dahulu jika lapar lagi
  • ambil snek ringan seperti segelas susu, buah-buahan, kekacang, roti, biskut tawar atau yogurt.
  • KAWAL KUANTITI setiap makanan yang diambil. Kalau tak berjaya jugak, apa kata anda
  • berpuasa sunat ( bagi yang beragama islam) juga dapat membantu mengawal rasa untuk makan ini..

Tahukah? jika anda tidak mengawal rasa lapar ini, secara tidak dirancang, anda telah makan makanan yang tidak sepatutnya. Malah, menyumbang kepada pengambilan nilai kalori yang jauh lebih tinggi.

TETAPKAN WAKTU MAKAN untuk ahli keluarga anda dan pastikan juga mereka tidak melangkau waktu makan yang sepatutnya. Perlu diingat, makan malam juga perlu diambil 3-4 jam sebelum tidur untuk membantu proses penghadaman bagi mengelakkan kalori yang berlebihan disimpan sebagai lemak. Ini akan menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Jangan ikutkan selera dan nafsu. Fikir-fikirkan kesannya jika situasi ini sering terjadi kepada anda. Kita memang nak elak Covid-19, tapi penyakit lain masih ada tau, bukan penyakit pun kena kuarantin.

PERLU MAKAN MALAM TAPI BUKAN LEWAT MALAM

Tahukah anda makan malam sangat penting bagi melengkapkan pengambilan makanan yang mungkin tidak mencukupi pada siang hari seperti pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan susu. Makan malam juga mungkin salah satu cara untuk merehatkan fikiran selepas seharian penat bekerja.

lapar

Anda perasan tak kadang-kadang lewat petang selepas balik kerja, situasi seperti ini lah yang berlaku. “Erm.. macam tak lapar. Diet lah malam ni. Taknak masak taknak makan, jimat sikit tenaga ”.

Sambil-sambil rehat tu, pada lewat malam sebelum tidur anda mesti berasa lebih lapar dan akhirnya Apakah pilihan makanan anda yang mudah pada lewat malam?

  • Mi segera :ramen:
  • Junkfood : chocolate, cookie, donat
  • Gerai makan tepi jalan
  • Restoran 24 jam
  • Restoran makanan segera (Drive-thru je): fries, burger..
  • Food delivery

Wajarkah anda makan pada waktu tersebut?
Wajar / Tidak wajar/ Makan je lah

Malangnya, secara tidak dirancang, anda telah makan makanan yang tidak sepatutnya. Malah, menyumbang kepada pengambilan nilai kalori yang jauh lebih tinggi. Semangat diet dah ada, tapi jadi bahaya juga kalau dunia diet tu ke laut dalam sob~sob~sob~

ANDA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN.

Perlu diingat, makan malam perlu diambil 3-4 jam sebelum tidur untuk membantu proses penghadaman bagi mengelakkan kalori yang berlebihan disimpan sebagai lemak. Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan.

TIP BAGAIMANA MENGELAK SUPAYA ANDA TIDAK MELANGKAU WAKTU MAKAN DAN TIDAK MAKAN PADA LEWAT MALAM?

1. Rancanglah pilihan makanan dan waktu makan supaya lebih teratur
2. Amalkan masak hidangan sihat yang mudah dan makan di rumah
3. Sediakan makanan mengikut keperluan dengan konsep Pinggan Sihat Malaysia #sukusukuseparuh (~500kalori/ hidangan)

Tepuk dada, tanya selera…JANGAN !!!! Jangan ikutkan selera. Fikir-fikirkan kesannya jika situasi ini sering terjadi kepada anda.

Sekiranya anda terlalu lapar, anda disarankan untuk mengambil snek ringan seperti segelas Susu, 2 keping Roti, 4-6 keping Biskut Tawar atau 1 sajian Buah-buahan: tembikai, epal, oren, strawberi, pisang dan tidak melangkau waktu makan (no skip meal).

Bijaklah rancang pengambilan makanan anda

Kredit:
Nutritionist Shahidah
Klinik Kesihatan Dengkil

Sumber: Cawangan Pemakanan KKM[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eight + 11 =