Setiap Jenis Susu Ada Tarikh Luput Berbeza & Ia Hanya Untuk Kotak Belum Dibuka

Setiap Jenis Susu Ada Tarikh Luput Berbeza & Ia Hanya Untuk Kotak Belum Dibuka | Mungkin anda keliru sama ada adakah ia masih baik dan digunakan atau perlu dibuang. Kami tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Public Health Malaysia tentang ‘Susu & Tarikh Luput’.

SUSU BOTOL/KOTAK (PASTUR)

  • Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka – tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
  • Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 3 hari.
  • Jika diletakkan diluar – habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.

SUSU UHT ATAU DIKENALI SUSU KOTAK SEKOLAH

  • Kotak yang belum dibuka – Tahan sehingga tarikh luput
  • Jika dibuka – perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
  • Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.

BACA: Gadis Kongsikan Cara Mudah Buat Susu Soya ‘Homemade’, Minuman Popular Sebagai Juadah Berbuka!

SUSU TEPUNG

  • Belum dibuka – boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
  • Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama – tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
  • Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.

tarikh luput

SUSU FROZEN ATAU SEJUK BEKU

  • Tahan 3 bulan.
  • Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.

YOGURT

  • Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 2 minggu
  • Jika dibuka – habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.

*Penting:
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.

BERIKUT ANTARA PERKARA PENTING TENTANG TARIKH LUPUT SUSU PERLU ANDA TAHU

  • Jangan simpan di dalam peti sejuk terlalu lama
  • Tarikh luput hanya untuk kotak yang belum dibuka
  • Susu hanya boleh diminum maksimum 3 hari selepas dibuka
  • Bila susu dibuka ia terdedah dengan bakteria
  • Kualiti susu akan menurun
  • Boleh sebabkan keracunan

Sumber:

BACA: Kisah Tentang Roti Expired Dan Keluarga Saya, Bukan Semua Orang Lahir Dalam Keluarga Senang!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 − one =