Serat Buah Paling Berkhasiat Bioflavonoids Semulajadi, Lepas Ni Potong Buah Jangan Buang Serabutnya!

Serat Buah Paling Berkhasiat Bioflavonoids Semulajadi, Lepas Ni Potong Buah Jangan Buang Serabutnya! | Rupanya serabut atau serat yang ada pada buah seperti buah mangga, betik, limau dan sebagainya merupakan bahagian yang paling berkhasiat sekali.

Ia mengandungi vitamin semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan. Jika selama ini mak-mak potong buah, suka buang serat dan serabutnya. Ada baiknya tak perlu buang dan makan sekali serabutnya selepas baca perkongsian daripada Prof Dr Imelda ini.

Berikut perkongsian tersebut;

Semalam, mak saya kata, awat saya jamu sepupu dan Pak Long saya buah betik dengan serabut-serabut sekali? Mak suruh buang serabut betik.

Saya habaq kat mak, saya buang biji betik saja. Serabut kuning kat bawah biji betik tu laaa serat buah yang paling berkhasiat sekali, toksah buang. Yang ni laaa kita panggil BIOFLAVONOIDS.

Bioflavonoids ni serat warna kuning yang kita boleh jumpa kat bawah kulit mangga. Jadi buang kulit yang nipis saja, jangan buang serabut mangga bawah kulit. Sama juga bawah kulit buah limau.

Bioflavonoids

Bioflavonoids Semulajadi

Makan laa bioflavonoids yang kita jumpa secara semulajadi. Kajian menunjukkan ia ada khasiat melawan keradangan (anti-inflammatory), anti-oxidant, anti-bakteria, anti-fungus, anti-viral dan ada potensi melawan sel kanser (anti-cancer) terutamanya potensi mengurangkan risiko kanser usus.

Takpayah laaa beli suppliment bioflavonoids yang depa jual. Dah ada di dalam alam secara semulajadi dalam serat buah-buahan yang kuning.

Lain kali orang datang, jamu lah depa buah dengan serabut tu sekali. Ini lah bahagian yang paling istimewa sekali. Untuk minuman, teh hijau (green tea) lah tinggi khasiat flavonoids . Tapi jangan tambah gula naaaa.

Tak payah laaaa beli produk dalam pil, serbuk dan capsule tu, produk biji aprikot tu mengarut saja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi selepas ini mak-mak bila nak potong buah seperti mangga dan betik tak perlu dibuang serabutnya. Banyak khasiatnya yang tersendiri, kaya dengan Bioflavonoids semulajadi yang bagus untuk kesihatan.

Sumber: Imelda Balchin

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eight − two =