Salah Cara Mandi Anda Boleh Kena Serangan Stroke & Pitam Dalam Bilik Air!

Selalu kita dengar ramai yang jatuh di bilik air. Ada juga yang pengsan dan terkena serangan stroke. Sebenarnya ada dua sebab utama, cara mandi yang salah dan sudah tentulah bilik air adalah tempat yang paling suka dihuni syaitan. Sebab itulah jika disarankan baca doa sebelum masuk bilik air.

Penyakit Angin Ahmar atau Stroke adalah punca utama yang ketiga bagi kematian di Malaysia manakala di seluruh dunia, serangan stroke adalah penyebab kedua paling biasa bagi kematian dan penyebab utama bagi kehilangan upaya orang dewasa. Justeru itu, rawatan segera adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan seseorang itu dari menjadi mangsa serangan stroke.

Menurut Pakar Neorologi Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan, Universiti Dains Malaysia (USM), Dr Sanihah Abdul Halim, sesiapa sahaja perlu peka dengan tanda-tanda serangan strok otak kerana setakat ini 70 peratus daripada mangsa serangan stroke tidak menyedari diserang penyakit tersebut kerana tidak mengetahui punca yang menyebabkan penyakit ini menyerang mereka.

[sociallocker id=”6860″]

“Satu tanda yang jelas serangan strok otak akan berlaku adalah apabila berlakunya kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas atau penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata.

”Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, ‘clumsiness’, hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab, anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena sambutan Hari Strok Sedunia 2018, Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Kuliah 4, di sini.

Jelas Sanihah lagi, serangan stroke sehingga kini telah mula menyerang mereka yang berusia sekitar umur 30, 40 dan 50-an.

“Sehubungan itu, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya penghidap hipertensi. Tekanan darah tinggi merupakan punca utama serangan stroke selain mereka yang menghidap penyakit jantung dan diabetes.

Ramai antara kita yang mandi basahkan kepala dulu sebab nak cepat. Sebenarnya cara ini salah. Silap gaya boleh melayang nyawa. Jangan main-main ya, jom semak punca dan kesannya.

  • Apabila kita siram kepala dulu, panas dalam tubuh akan teperangkap. Ia boleh menyebabkan pembuluh darah pecah.
  • Air sejuk yang disiram pada kepala akan menyebabkan darah mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala. Itu yang ramai yang pengsan.
  • Angin dalam badan tidak keluar apabila kita siram kepala atau badan dulu. Sebab tu ramai yang sakit-sakit badan kerana angin berkumpul.

Nak selamat, ikut cara mandi yang betul.

  • Baca doa atau sekurang-kurangnya baca bismillah sebelum masuk ke bilik air.
  • Jangan tergesa-gesa.
  • Mulakan dengan bahagian kaki, siram tapak kaki.
  • Kemudian, barulah siram bahagian betis diikuti paha dan perut.
  • Selepas itu, baru siram bahagian bahu.
  • Berhenti seketika, saat ini kita akan dapat rasakan wap atau angin keluar dari ubun-ubun.
  • Akhir sekali barulah basahkan kepala.

Waktu Mandi Yang Dilarang Untuk Elak Serangan Strok Haba & Strok Otak

1. 30 minit selepas solat Asar kerana waktu ini darah di dalam diri kita sedang panas. Jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah untuk melakukan perkerjaan. Sejukkan suhu badan dengan pengudaraan biasa dahulu.

2. Setelah Maghrib. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

3. Setelah Isyak sehingga pukul 12 malam. Setelah solat Isyak, jantung kita berhenti dan melakukan istirahat. Jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

4. Selepas bersukan atau sedang berpeluh. Tunggu sampai badan sejuk atau hilang peluh. Selain menyebabkan panau, ini juga boleh menyebabkan serangan stroke.

Nak Awet Muda, Mandi Dengan Cara Ini

1. Menjelang waktu Subuh (antara jam 2 hingga 3 pagi)- Badan menjadi lebih sihat, awet muda dan membaiki metabolisme tubuh. Suhu badan menjadi lebih stabil, melancarkan perjalanan darah dan membuang sikap malas.

Tengok saja nenek dan datuk kita yang sering mandi waktu begini, tubuh mereka sihat dan nampak muda.

[/sociallocker]

2. Selepas Subuh ( 6 pagi)- Tubuh akan lebih segar dan mood jadi baik.

Anda mampu mengubah demi kesihatan yang lebih baik, moga bermanfaat buat anda!

Nota mandi : Apa pandangan anda, mohon kongsikan diruang komen fb atau blog dibawah. Sharekan petuaibu.com kepada rakan-rakan anda moga beroleh kebajikan bersama 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eight − 7 =