Seperti Buat Nano Mist, Ini Produk Untuk Segarkan Kereta Anda Dengan Bermodalkan RM12

Seperti Buat Nano Mist, Ini Produk Untuk Segarkan Kereta Anda Dengan Bermodalkan RM12 | Kereta anda bau hapak walaupun sudah menggunakan pewangi kereta? Mesti anda stress dan bingung mahu lakukan apa agar kereta anda kekal wangi.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @dzulizhar telah berkongsi sebuah video tutorial bagaimana untuk mewangikan kereta anda sendiri seperti di kedai cuci kereta.

Hasil Macam Buat Nano Mist

Menerusi perkongsian tersebut, beliau menggunakan AirCon Fresh yang dibeli di MR DIY dengan harga RM11.50 sahaja. Walaupun murah tetapi hasilnya seperti anda buat nano mist di kedai cuci kereta yang pastinya lebih mahal.

Mudah sahaja untuk menggunakan ia. Anda hanya perlu ikuti langkah mudah ini dan kereta anda akan berbau wangi serta ‘fresh’ berbulan-bulan. Jom ikuti langkah-langkahnya:

nano mist

  1. Buka penghawa dingin pada kuasa maksimum.
  2. Kemudian, buka penutup AirCon Fresh dan letakkan dalam kereta.
  3. Tutup pintu dan biarkan sehingga AirCon Fresh habis.

Tunggu apa lagi? Anda boleh dapatkan AirCon Fresh ini di kesemua cawangan MR DIY atau beli sahaja secara dalam talian. Selamat mencuba cara jimat untuk segarkan kereta seperti buat Nano Mist!

BACA JUGA :: Bau Busuk & Hapak Dalam Kereta? Cuba 5 Cara Selamat Wangikan Semula Kereta

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × five =