Jom Cuba Senaman HIIT, Bakar Lemak 9 Kali Lebih Cepat Berbanding Jogging Biasa.

Jom Cuba Senaman HIIT, Bakar Lemak 9 Kali Lebih Cepat Berbanding Jogging Biasa. | Kehidupan moden mampu membuat kita merasa tertekan untuk mencari cara paling berkesan menggunakan jam berharga ketika tidak tidur.

Dalam kesibukan kita bekerja setiap hari untuk menyara keluarga, kita juga perlu meluangkan masa dengan aktiviti untuk menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan.

Rejimen kecergasan yang melibatkan latihan jarak berintensiti tinggi atau HIIT, mungkin boleh membantu anda.

Senaman HIIT adalah sejenis latihan ‘larian’ yang dilakukan dengan kelajuan berbeza untuk tempoh tertentu dengan rehat yang agak minimal atau langsung tiada.

Ia juga dikenali sebagai Sprint Interval Training dan sering digunakan jurulatih-jurulatih sukan seperti bola sepak atau hoki dalam meningkatkan stamina anak-anak buah mereka.

Dikategorikan sebagai latihan interval, ia melibatkan perubahan halaju (daripada perlahan kepada laju) secara berulang. Ia mampu meningkat metabolisma badan untuk satu jangka masa yang lama, jadi ia amat sesuai digunakan dalam rejim menurunkan berat badan.

Banyak kelebihan senaman HIIT antaranya, berat badan turun lebih cepat. Melakukan HIIT mampu meningkatkan kadar metabolisma sehingga beberapa jam selepas anda bersenam. Bermakna, badan anda mampu bakar kalori walaupun anda sedang tidur.

Terdapat kajian yang menunjukkan HIIT membakar sembilan kali lebih lemak berbanding senaman kardio biasa.

Selain itu, HIIT hanya mengambil masa singkat untuk disempurnakan. Sekiranya kardio biasa (berjogging) mengambil masa sehingga 30 minit untuk satu sesi, HIIT tidak akan mengambil masa selama itu.

Malah, ada HIIT yang hanya mengambil masa sesingkat empat minit sahaja (Tabata Training) untuk satu sesi, tetapi mampu mengoptimumkan pembakaran lemak dan kesannya adalah sama seperti berjogging setiap hari selama 20-30 minit.

Walaupun begitu, tak semua orang sesuai melakukan senaman HIIT. Melibatkan degupan jantung, HIIT akan memaksa jantung untuk bekerja lebih keras daripada biasa. Jadi, tidak sesuai dilakukan oleh individu yang jarang bersenam.

Untuk melakukan HIIT, anda haruslah berkemampuan untuk jogging selama 30 minit, tanpa henti untuk tempoh sekurang-kurangnya 1-2 bulan. Mereka yang mempunyai jantung lemah, penyakit darah tinggi dan mengalami sakit-sakit sendi (seperti lutut) tidak digalakkan untuk melakukan senaman HIIT.

Selain itu, anda akan mudah muntah sekiranya melakukan HIIT. Kosongkan perut beberapa jam sebelum melakukan HIIT. Memandangkan senaman HIIT melibatkan pertukaran halaju larian secara mendadak berulang kali, anda tidak melakukan senaman ini atas treadmill. Pilih satu kawasan lapang dan lakukannya, contohnya di taman.

HIIT juga tidak boleh dilakukan dengan kerap. Ia seharusnya diselang-selikan dengan rejim senaman yang lain, seperti senaman kardio yang biasa melibatkan jogging, atau senaman beban melibatkan weightlifting.

BACA JUGA: Zumba Tak Akan Buat Anda Kurus. Tidak Sesuai Untuk Anda Yang Baru Dalam Dunia Fitness

Senaman HIIT

Plank ialah contoh senaman beban yang tidak melibatkan beban yang asing daripada tubuh bada seperti dumbell, hanya menggunakan tubuh badan sebagai beban

Cara untuk melakukan HIIT adalah mudah. Tiada modul sebenar untuk melakukannya kerana anda boleh memilih set senaman anda, asalkan ia masih melibatkan warm-up, berjalan, jogging dan pecut.

Contoh set yang anda boleh gunakan; mulakan dengan warm-up. Kemudian, berjalan kaki pantas selama dua minit, dan terus jogging selama dua minit, diikuti pecut selama seminit. Kemudian, ulang semula berjalan kaki pantas (2 minit) sehingga pecut (1 minit) untuk tiga set. Anda akan memperoleh keseluruhan 15 minit untuk satu set penuh HIIT anda.

Anda juga boleh mengubah set latihan untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Banyakkan buat rujukan di Internet untuk kenal pasti set latihan HIIT yang sesuai untuk anda lakukan.

BACA JUGA: Inilah 5 Cara Untuk Kekal Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari, Jangan Biarkan Badan Selalu Lesu!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − 3 =