Cuma 5 Minit Sehari Tapi Senaman Angkat Kaki Ini Punyalah Banyak Manfaat

Cuma 5 Minit Sehari Tapi Senaman Angkat Kaki Ini Punyalah Banyak Manfaat | Nampak ringkas tapi posisi senaman yoga mengangkat kaki ke atas sebenarnya mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan. Kita cuma perlu lakukannya sekurang-kurangnya lima minit untuk dapat 6 kelebihan ini.

1. Melancarkan sistem peredaran darah

Dengan mengangkat kaki, peraliran darah dalam organ akan meningkat sekali gus melancarkan sistem pencernaan.

2. Kaki terasa lebih ringan selepas senaman

Kaki yang terasa berat dan bengkak adalah disebabkan aliran darah di bahagian kaki kurang baik. Anda boleh lakukan senaman 20 minit ini untuk darah akan kembali lancar dan kaki terasa lebih ringan.

3. Kurangkan stres

Kunci untuk menghilangkan stress adalah dengan memiliki fikiran yang tenang dan aliran darah yang lancar. Peredaran yang lancar membuatkan oksigen tersalur dengan baik ke seluruh tubuh badan termasuk jantung dan otak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih tenang dan tidak mudah stres.

BACA JUGA :: Lenguh Kaki Boleh Dipulihkan Dengan 4 Latihan Ni, Memang Berkesan!

senaman angkat kaki

4. Meningkat kualiti tidur

Terapi senaman ini sangat sesuai untuk orang yang mempunyai insomia, Jika peredaran darah berjalan lancar, maka tidur pun akan jauh lebih nyenyak.

5. Kurang sakit bahagian belakang

Ketika melakukan gerakan ini, tekanan dari bahagian belakang dilepaskan membuatkan kita rasa lebih relaks.

6. Kurangkan kaki yang bengkak dan kejang

Bagi mereka yang sentiasa berdiri atau duduk seharian lakukan gerakan senaman ini untuk elakkan masalah bengkak atau kejang.

TIP

  • Ketika melakukan pergerakan ini, elakkan posisi hingga 90 darjah, kerana ia boleh mengangggu perjalanan darah di bahagian pinggul.
  • Sebaliknya jarakkan sedikit bahagian pinggul dari dinding, letakkan juga bantal untuk memberi keselesaan.
  • Dalam tempoh lima minit ini dalam keadaan tenang tarik dan hembuskan nafas melalui hidung.

Sumber: Do You Yoga & Era Jer

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 3 =