Bukan Sahaja Sedap Banyak Khasiat Bayam Brazil, Rugi Siapa Tak Makan!

Bukan Sahaja Sedap Banyak Khasiat Bayam Brazil, Rugi Siapa Tak Makan! | Yang suka makan sayuran mesti pantang nampak sayuran berwarna hijau macam ni. Nak pula kalau jenis sayuran yang boleh dimasak dengan pelbagai cara. Lebih untung lagi kalau sayuran ni boleh kita tanam sendiri di rumah, memang banyak jimat dan puas lah makan sayur!

Akhir-akhir ini, sayuran hijau Bayam Brazil kerap menjadi sebutan. Ia sedap dimakan mentah begitu sahaja atau dijadikan hidangan masakan. Rupanya punyalah banyak khasiat yang dimiliki oleh Bayam Brazil. Patutlah ramai yang mencari sayuran hijau ini.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai khasiat Bayam Brazil, jemput baca informasi yang dikongsikan oleh Komuniti Mutiara – 1rumah1kebun ini;

Bayam Brazil atau nama lainnya Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce. Ianya juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernanthera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yang berasal daripada Brazil.

Daunnya yang tidak berlendir dan boleh dikatakan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. Lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka.

khasiat bayam brazil

Khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam Brazil adalah:-

  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Salah satu sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah Anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Nutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Hakikatnya apabila kita mengetahui khasiat bayam brazil maka semakin yakin lah kita tanaman ini amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita.

Berikut adalah menu-menu yang boleh jadikan resepi hidangan Bayam Brazil yang sedap:

1. Sup Bayam Brazil/ Bayam brazil dengan suhun/sup sayur campur bayam brazil.

sup bayam brazil

2. Gulai lemak Bayam Brazil/ gulai lemak bayam brazil dengan udang/ gulai lemak bayam Brazil dan labu.

gulai lemak bayam brazil

3. Tumis Bayam Brazil.

tumis bayam brazil

4. Bayam Brazil Goreng Belacan.

bayam brazil goreng

5. Bayam Brazil Goreng Tepung.

bayam brazil goreng tepung

Tip Cara Tanaman

Bayam Brazil boleh ditanam didalam pasu supaya senang diurus dan cantik dipandang. Malah boleh juga dijadikan dekorasi diluar dan dalam rumah yang menarik.Pokok ni juga kena selalu petik, cukup baja dan air insya Allah gebu lah dia.

bayam brazil
Bayam Brazil yang boleh juga ditanam dalam pasu untuk dijadikan dekorasi rumah.

Semoga perkongsian khasiat bayam brazil ini bermanfaat. Mak-mak yang suka bercucuk tanam tu, boleh cuba tanam Bayam Brazil pula lepas ni dan masak sayuran hijau ni, bagi menikmati khasiat bayam brazil yang bukan sahaja di minati oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.

Sumber: Komuniti Mutiara – 1rumah1kebun

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 − four =