6 Perkara Kena Faham Sebelum Ikat Peranakan Dan Kesannya Supaya Tak Menyesal.

“Usia pun dah makin lanjut ni, agaknya bolehkah kalau aku ikat peranakan? Tak sempat nak jarakkan anak sampai 2 tahun, dah mengandung lagi. Bukan nak menolak rezeki, tapi hairan juga macam mana boleh ‘lekat’ walaupun dah cuba merancang. ”

Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau yang kita biasa dengar sebagai ikat peranakan adalah proses menghalang dari berlakunya persenyawaan di antara benih telur dan sperma. Berbanding dengan kaedah-kaedah mencegah kehamilan yang lain seperti pil perancang, IUD, implan / Norplant, suntikan, serta kaedah semulajadi, prosedur sterilisasi / pemandulan ini adalah lebih berkesan dan dianggap bersifat kekal.

Maka, BTL merupakan prosedur pemandulan yang disyorkan oleh doktor apabila mendapati bahawa kehamilan seterusnya akan mengundang risiko terhadap nyawa dan kesihatan ibu. Biasanya ia melibatkan wanita yang sudah 3 kali melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean.

Di samping itu, terdapat juga kes di mana ikat peranakan dilakukan atas permintaan pesakit kerana tidak mahu lagi mengandung dengan alasan tidak serasi menggunakan kaedah perancang kehamilan sementara yang lain.

Perlu ditegaskan di sini bahawa keputusan ini adalah keputusan yang besar dalam diri seorang wanita. Jadi, sebelum membuat keputusan secara mendadak, fahamkan terlebih dahulu 6 perkara ini.

BACA JUGA :: 3 Cara Yang Betul Mengambil Pil Perancang Menurut Doktor Pakar

ikat peranakan

6 Perkara kena faham sebelum ikat peranakan dan kesannya.

1. PROSEDUR IKAT PERANAKAN

Melalui kaedah BTL, tiub Fallopio akan diikat atau dipotong. Prinsipnya adalah untuk menyekat tiub Fallopio / saluran peranakan supaya benih lelaki sperma tidak dapat melintasinya. Dengan terhalangnya laluan ini, sperma tidak dapat bersenyawa dengan telur ovum yang dikeluarkan dari kilang telur ovari.

Menurut Dr Shah Reza Johan Noor menerusi sebuah artikel Utusan Malaysia, biasanya pesakit akan dimasukkan ke wad sehari sebelum ataupun pada pagi hari pembedahan dilakukan. Dari segi pelaksanaan, terdapat 2 cara iaitu kaedah pembedahan terbuka ataupun menggunakan laparoskopi.

Melalui pembedahan terbuka, ia memerlukan pembiusan spinal ataupun epidural. Pembiusan separa bermaksud anda akan sedar sepanjang pembedahan tetapi tidak berasa sakit. Sekiranya menggunakan laparoskopi pula, jenis pembiusan adalah jenis penuh dan tidak akan sedar sepanjang prosedur tersebut dijalankan.

Persetujuan secara lisan atau bertulis dengan mengisi borang di hospital kerajaan terlebih dahulu perlu dilengkapkan sebelum sebarang prosedur dimulakan.

2. ALASAN UNTUK MENGIKAT SALURAN PERANAKAN

Antara alasan doktor menyarankan BTL atau ikat peranakan adalah apabila anda telah dibedah pada tempat yang sama berulang kali, iaitu melebihi 3 kali. Ini kerana dikhuatiri bawah rahim menjadi semakin nipis dan meningkatkan komplikasi pada tempat caeseraean ini.

Pembedahan didapati lebih sukar boleh menyebabkan kecederaan pada organ-organ seperti usus, pundi kencing, dan sebagainya. Di samping itu, segmen bawah rahim yang semakin menipis boleh menyebabkan rahim pecah.

Selain itu, masalah kritikal lain seperti plasenta previa, uri melekat, dan komplikasi semasa bersalin yang merbahaya dan mampu mengancam nyawa pada kehamilan / kelahiran lalu boleh menjadi keperluan untuk menghalang kehamilan seterusnya.

3. BAGAIMANA KALAU INGIN MENGANDUNG SEMULA?

Walaupun dianggap sebagai pemandulan kekal, sebenarnya mana-mana kaedah perancangan keluarga tetap ada kebarangkalian untuk mengandung. Cuma secara statistiknya, peluang itu adalah amat tipis, iaitu 1 daripada 100 untuk tempoh kitaran haid 10 tahun.

Mungkin ada yang tertanya, adakah cara untuk hamil kembali setelah melakukan proses BTL?

Umumnya, terdapat 2 pilihan yang boleh diusahakan untuk hamil setelah mengikat peranakan:

i) Menjalani pembedahan untuk menyambung kembali saluran peranakan atau tiub Fallopio yang telah dipotong atau diikat. Sungguhpun begitu, peratusan kejayaan untuk membolehkan saluran ini boleh berfungsi semula seperti sediakala adalah kurang daripada 50%.

ii) Melakukan prosedur IVF kerana proses ini tidak memerlukan tiub Fallopio yang sihat. Percantuman benih lelaki dan wanita berlaku di luar tubuh wanita, iaitu di dalam tabung uji di makmal embriologi. Apabila persenyawaan berlaku, embrio atau janin yang sihat akan diletakkan ke dalam rahim ibu pada hari ketiga atau hari kelima selepas pengambilan telur. Peluang untuk hamil dengan kaedah ini adalah sekitar 30%, dan ia juga memakan kos perbelanjaan yang agak besar.

4. HUKUM KEMANDULAN KEKAL DALAM ISLAM

Menurut ulasan Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Irsyad al-Fatwa ke-146, hukum melakukan pemandulan bagi tujuan perancangan keluarga bahawa adalah dibolehkan dengan syarat ia bukanlah sesuatu teknik yang bersifat kekal kerana ia bertentangan dengan hukum syarak.

Usaha untuk menjarakkan anak dengan menggunakan kaedah-kaedah sementara seperti memakan pil perancang, melakukan hubungan seks pada waktu tidak subur, memakai kondom, melakukan azal (ejakulasi luar rahim), dan ataupun menggunakan IUD adalah diharuskan dengan syarat berikut:

  • Iktikad bahawa jika Allah ingin mengurniakan anak juga, tiada siapa yang boleh menghalang dan wajiblah pasangan memelihara kandungan dan menjaga maslahatnya.
  • Tidak mendatangkan kemudaratan kepada pasangan khususnya isteri.
  • Dilakukan dengan kebenaran dan persetujuan kedua-dua suami isteri.
  • Namun begitu, sekiranya wujudnya kemudaratan yang serius atas nasihat doktor kerana dikhuatiri mampu mengancam nyawa ibu, maka kemandulan kekal menggunakan teknik ikat peranakan bolehlah ia dilakukan oleh sebab darurat.

5. KOMPLIKASI SELEPAS PEMBEDAHAN

Seperti mana-mana pembedahan, antara komplikasi atau kesan sampingan yang biasa dialami selepas pembedahan ikat peranakan adalah:

  • Ketidakselesaan ataupun sakit di bahagian pembedahan dan abdomen
  • Loya, pening serta mual dari kesan ubat-ubatan
  • Rasa tidak selesa badan dan letih
  • Sakit pada hujung bahu
  • Rasa tidak selesa pada tekak
  • Kekejangan otot-otot
  • Biasanya kesemua simptom ini akan hilang selepas 24 hingga 72 jam. Ubat penahan sakit akan dibekalkan semasa di dalam wad dan juga untuk kegunaan di rumah selepas keluar wad.

Perlu ditegaskan di sini bahawa haid sepatutnya tidak terjejas. Maka, sekiranya haid tidak datang, lakukan ujian UPT kerana dikhuatiri berlakunya kandungan di luar rahim.

6. IMPLIKASI LAIN

Ada yang menyesal selepas menjalani BTL, terutamanya mereka yang berumur kurang daripada 30 tahun kerana berasa sunyi apabila anak-anak semakin besar. Begitu juga mereka yang membuat keputusan terburu-buru semasa institusi perkahwinan mengalami keretakan serta permasalahan, atau membuat keputusan akibat dipaksa atau tertekan (terpaksa). Akibatnya, apabila ditakdirkan berkahwin dengan suami baru, si wanita terdesak untuk mendapatkan zuriat dengan untuk suami tersebut.

Ada juga yang risau sekiranya BTL ini menjadi punca kedinginan hubungan suami isteri. Tapi apa yang perlu anda faham, mengikat tiub Fallopio hanya menutup laluan tiub falopio. Tiub Fallopio atau salur peranakan ini TIDAK menghalang penghasilan hormon wanita iaitu – estrogen dan progesteron seperti yang dijelaskan oleh Dr Muhammad Izzat.

FIKIR MASAK-MASAK SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN

Adapun keputusan ikat peranakan ini bukanlah tindakan remeh. Ia memerlukan pertimbangan sebaiknya oleh kedua-dua pasangan, terutamanya diri wanita itu sendiri.

Jika masih buntu, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat lebih dan penerangan daripada pakar untuk membantu membuat pilihan yang sesuai sama ada ingin meneruskan prosedur ikat peranakan bergantung kepada keadaan kesihatan anda.

Pendapat admin sendiri, jangan la korang ikat mende tu. Mencacatkan kejadian Tuhan namanya, Tuhan tidak akan menduga individu sekiranya dugaan itu dibawah kemampuan individu itu sendiri.

Bahasa mudah faham, dugaan kesusahan & kesenangan yang diberikan secara berterusan 24jam keatas seseorang individu itu adalah amat bersesuaian / berkadar terus dengan kemampuan dirinya.

Encik suami gunalah kondom. Selesai sahaja anda melepaskan air gila tersebut, dah takda apa dah, puas lega begitu tetap sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum.

Berbeza dengan wanita. Doktor hanya meramal risiko sahaja.

Nota ikat-mengikat : Apa pandangan anda? Kongsikan diruang komen fb atau blog. Sharekan petuaibu.com kepada rakan-rakan, moga kita beroleh kebajikan bersama berterusan 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × two =