Sebelum Beli Rumah Daripada Pemilik Asal, Lakukan 3 Perkara Ni

Sebelum Beli Rumah Daripada Pemilik Asal, Lakukan 3 Perkara Ni | Setiap orang pasti mempunyai hasrat dan impian untuk memiliki rumah sendiri tidak kisah sama ada ia kecil atau besar.

Bagaimanapun tidak dinafikan pembelian rumah memang memerlukan prosedur yang rumit dan leceh memandangkan ia merupakan aset yang bernilai dan satu pelaburan besar untuk masa depan.

Ada yang berpendapat membeli rumah terus daripada pemaju lebih mudah berbanding membelinya secara “second hand”.

BACA JUGA :: Inilah Bahaya Beli Rumah Bersama Pasangan Yang Ramai Terlepas Pandang

Ada kalanya jika anda bernasib baik, rumah “second hand” harganya lebih murah berbanding rumah baru.

Namun sebagai pembeli anda tetap perlu berhati-hati dalam semua urusan sebelum anda memiliki rumah itu dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos bayaran peguam.

beli rumah

3 Perkara Ini Untuk Jimatkan Kos Peguam Semasa Beli Rumah

Beli rumah “second hand” tak sama dengan beli rumah “under construction” dengan pemaju.

Proses yang perlu dijalani juga turut berbeza. Pembeli rumah “second hand” perlu melakukan banyak proses pertukaran nama pada segala bil dan dokumen yang ada.

Ramai pembeli rumah “second hand” terlepas pandang perkara-perkara penting yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika si pembeli pertama kali membeli rumah dan tiada pengalaman dalam urusan jual beli.

Kebanyakan pembeli rumah “second hand” ini beranggapan selepas selesai urusan beli rumah, tiada lagi urusan perlu dilakukan dan hanya tinggal nak masuk rumah sahaja.

Di sini diperincikan apa yang perlu dilakukan pembeli rumah “second hand”.

1. Tukar nama pada semua bil utiliti

Ramai pembeli terlupa dan terlepas pandang untuk menukar nama pada semua bil utiliti seperti bil elektrik, bil air dan juga Indah Water.

Sepatutnya, setelah selesai sahaja urusan jual beli rumah “second hand”, pembeli perlu ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA, dan IWK untuk membuat pertukaran nama.

Ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan apabila bil yang sampai di rumah, nama orang lain iaitu nama pemilik lama.

Untuk melakukan pertukaran nama pada bil utiliti, pembeli rumah boleh menggunakan dua cara ini :

I. Buka akaun baru

Pembeli rumah boleh buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut dan perlu membayar wang deposit dengan jumlah bergantung kepada jenis rumah yang dibeli.

Setelah selesai proses pembukaan akaun baru, pemilik asal boleh lah membatalkan kesemua akaun lama.

Tapi sebelum itu, sila pastikan pemilik asal rumah anda membayar segala tunggakan yang ada.

II. Sambung guna akaun pemilik lama

Pemilik baru boleh mengekalkan akaun lama pemilik lama, tapi hanya perlu lakukan pertukaran nama sahaja.

Tetapi dalam kes ini, pemilik baru perlu memulangkan bayaran deposit bil utiliti kepada pemilik lama.

Ini kerana pemilik lama tidak akan terima deposit selagi tidak melakukan pembatalan akaun.

2. Tukar nama pada rekod cukai pintu

Ramai juga yang terlepas pandang untuk lakukan permohonan pertukaran cukai pintu. Sebagai pemilik baru, anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk buat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.

Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu disediakan untuk proses pertukaran nama cukai pintu:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan SNP
  • Salinan geran (yang telah dipindah milik kepada nama pemilik baru)
  • Salinan cukai pintu terkini

Pembeli juga perlu buat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.

3. Tukar nama pada bil penyelenggaraan dan caj servis

Pembeli yang membeli rumah berstrata perlu memaklumkan kepada bahagian “pengurusan”/ JMB (Joint Management Body) bahawa anda adalah pemilik baru unit tersebut.

Proses ini dilakukan supaya pihak pengurusan dapat mengemas kini rekod pemilik baru dan segala bil penyelenggaraan dan caj servis akan dihantar kepada pemilik baru, iaitu anda!

Yang menjadi isu dalam proses ini ialah, siapakah yang bertanggungjawab untuk melakukannya? Adakah penjual, pembeli, atau peguam?

Untuk pengetahuan, proses pertukaran nama ini adalah tanggungjawab pembeli.

Cuma ada sesetengah peguam yang menawarkan servis ini sekali dengan urusan jual beli.

Sebenarnya proses ini bukanlah satu tugas wajib bagi seorang peguam. Sekiranya ada peguam yang menawarkan perkhidmatan ini, sudah tentu pembeli akan dikenakan caj yuran guaman.

Untuk kurang dan menjimatkan kos, pemilik rumah atau pembeli boleh melakukannya sendiri.

Bukanlah satu proses yang rumit, anda cuma perlu luangkan sedikit masa untuk uruskannya.

Sekiranya pemilik baru atau pembeli rumah tidak melakukan proses pertukaran nama ini, dan ada pula tunggakan yang masih belum dijelaskan, pemilik asal akan dituntut oleh pihak atasan.

Jadi, penting juga untuk pemilik asal melakukan “follow up” dan sahkan pertukaran nama dilakukan atau tidak.

BACA JUGA :: Kalau Menyewa Rumah, Jagalah Macam Mana Hak Orang

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 + nine =