Sebelum Beli Air Tebu Di Bazar, Sila Tengok Tiga Perkara Ni Dulu Ya..

Bila bulan puasa, pilihan air minuman yang sering mendapat tumpuan di bazar Ramadan oleh pengunjung setianya adalah lain tidak bukan iaitu air tebu.

Sebenarnya ada beberapa perkara perlu diperhatikan, ini penting agar air tebu yang dibeli bukan sahaja asli, manis dan enak rasanya malah terjamin kebersihannya.

1. Lihat persekitaran, jika ada lebah itu menandakan air tebu tersebut manis. Jika langsung tiada lebah mungkin air tebu tersebut telah dicampur dengan air dan menjadikan ia tidak asli.

2. Perhatikan tebu yang masih belum dimesin tidak diletakkan di atas tanah. Sebaiknya ditempatkan di atas meja atau rak untuk pastikan kebersihan terjamin.

3. Pastikan tebu yang telah dikupas kulitnya tidak diletakkan di dalam baldi atau bekas berisi air. Perlu diingat batang tebu boleh menyerap air di dalam baldi tersebut dan ini akan menjadikan rasanya kurang enak dan tidak asli.

Kadang-kala tebu yang kita beli cepat basi ini adalah kerana kurang penjagaan kebersihan semasa mengendalikan air tebu ini. Jadi jika tidak mahu kecewa semasa membeli air kegemaran anda ini sila perhatikan 3 perkara ni ya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − five =