Gunakan Cara Ini Sayur Kekal Segar Tahan Lama, Tak Perlu Keluar Ke Pasar Banyak Kali!

Nak simpan sayur kekal segar dan tahan lebih lama daripada biasa ada caranya yang tertentu.Cara penyimpanan sayur-sayuran yang betul, mampu membuatkan ia kekal segar, tahan lama dan tidak mudah rosak. Sekaligus menjimatkan belanja dapur dan mengelakkan pembaziran.

Lagi-lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan keluar rumah. Perkongsian tip daripada Puan Rozlyn Farah Diana ini sangatlah membantu, terutamanya buat mak-mak yang jenis beli sayur banyak untuk seminggu dan tak perlu berulang alik ke pasaraya musim wabak sekarang ni.

Boleh ikut tip ini sebagai panduan untuk sayur kekal segar;

[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]
“Macam mana simpan sayur untuk bagi tahan lama?.Ye la sayur ni kan kalau kita beli lepas tu letak dalam peti ais tahan dalam 2-3 hari je lepas mula la jadi layu di tasik madu gituu.”

“Musim-musim kena ‘Stay At Home’ sekarang tambah-tambah lagi ketua keluarga je yang boleh keluar beli barang so untuk tidak memeningkan ketua keluarga kena keluar banyak kali beli barang dapur boleh ikut tips kat bawah ni.”

“Kak kiah dah seminggu dah beli sayur ni tapi tetap dalam keadaan segar bugar lagi. Hahah. Caranya senang je.”

  • Sebelum nak simpan sayur tu potong sayur kecik-kecil. Saya tak basuh sayur tu ye. Nak guna baru basuh.
  • Lepas tu ambik bekas kedap udara tak kisah la brand tipuware ke apa ke macam kak kiah bedal je yang mana ada dalam rumah ni tak kuasa nak keluar duit nk beli yang lain.
  • Dah ada bekas kedap udara, boleh lapik tisu kat dalam bekas tu lepas tu isi sayur yang dah potong-potong tadi.

Gunakan Cara Ini Sayur Kekal Segar Tahan Lama, Tak Perlu Keluar Ke Pasar Banyak Kali!

4.Last sekali letak sekali lagi tisu untuk bahagian paling atas sayur tu. Tujuannya untuk menyerap wap-wap air yang akan muncul nanti jadi sayur kekal segar.

Gunakan Cara Ini Sayur Kekal Segar Tahan Lama, Tak Perlu Keluar Ke Pasar Banyak Kali!

5.Lepas tu tutup dengan penutup simpan elok-elok dalam peti ais. Selamat mencuba

Info Ekstra!

  • Untuk halia dan lengkuas boleh guna cara ni.Rendam halia/lengkuas dalam bekas yang berisi air. Rendam sampai tenggelam ya lepas tu tutup dengan penutup bekas simpan dalam peti. InsyaAllah tahan satu bulan. Rajin-rajin lah tukar air dalam bekas tu ye untuk bagi dia tahan lagi lama.

Gunakan Cara Ini Sayur Kekal Segar Tahan Lama, Tak Perlu Keluar Ke Pasar Banyak Kali!

  • Selepas satu minggu masih sayur kekal segar lagi.

Gunakan Cara Ini Sayur Kekal Segar Tahan Lama, Tak Perlu Keluar Ke Pasar Banyak Kali!

Gunakan Cara Ini Sayur Kekal Segar Tahan Lama, Tak Perlu Keluar Ke Pasar Banyak Kali!

Gunakan Cara Ini Sayur Kekal Segar Tahan Lama, Tak Perlu Keluar Ke Pasar Banyak Kali!

Jika anda suka dengan artikel cara pastikan sayur kekal segar ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Rozlyn Farah Diana[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 − 4 =