Sardin Penyelamat Pantas Jika Anda Keracunan Makanan!

Petua meminum air kelapa muda sememangnya merupakan amalan turun-temurun dan ia diyakini berkesan mengubati sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit, selain dijadikan penawar mudah bagi mengubati simpton keracunan makanan.

Namun sekiranya berada di bandar, memang sukar untuk mencari air kelapa muda yang segar kecuali membeli dari pasar raya atau sesetengah restoran yang menyediakan minuman ini.

Pun begitu, tahukah anda terdapat satu lagi cara mudah untuk anda mengurangkan kesan keracunan makanan sekiranya tidak memperolehi air buah berkenaan, bagaimana?

Jawapannya ialah dengan memakan ikan sardin secara mentah-mentah. Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian info menarik dari seorang penulis yang berkongsikan cara merawat keracunan makanan di peringkat awal, iaitu dengan memakan ikan sardin yang dibeli di pasar raya.keracunan makanan, rawatan keracunan makanan, bahaya keracunan makanan, sardin keracunan makanan, rawat keracunan makanan dengan sardin

Semoga perkongsian daripada Hadihaizil Din ini dapat memberi manfaat berguna buat orang ramai yang ‘terbuntu’ memikirkan jalan pantas dikala perut sedang meragam.

***

Saya telah pelajari ilmu ini sejak awal perkahwinan lagi, ketika itu, terbaca di salah satu laman perkongsian bagaimana sardin boleh dijadikan penawar sekiranya keracunan.

BACA JUGA: Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi Memang Pedas Sedap!

Ada satu ketika, semasa perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih. Saya diserang keracunan makanan, ketika itu badan terasa tidak sedap seperti keracunan (saya pernah juga keracunan sebelum itu).

Setibanya di bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut, dan cari sardin dalam tin. Kemudian masuk semula ke dalam kereta, dan buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah.

YA memang tidaklah sedap pun apabila makan terus begitu. Namun demi penawar pantas, saya kunyah dan telan terus. Kemudian saya tunggu beberapa minit, terasa satu badan seakan kena elektrik (tak tahu macam mana nak terangkan). Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti asal.

Penawar sardin itu memang berkesan. Saya telah cuba beberapa kali untuk kes keracunan, setakat ni alhamdulillah menjadi penawar segera. Andai anda dalam keadaan keracunan dan jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas. Bagus dijadikan bekalan untuk yang sering pergi berkhemah sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata.

Nota: Sardin yang digunakan adalah jenis sardin, bukan mackerel ya.

Semoga memberi manfaat.

BACA JUGA: Cara Buka Penutup Tin Minuman Yang Salah Boleh Membunuh!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six − 5 =