Begini Cara Sambungkan Handphone Ke Printer Untuk Mudahkan Print Kerja Sekolah Anak - Petua Ibu

Begini Cara Sambungkan Handphone Ke Printer Untuk Mudahkan Print Kerja Sekolah Anak

Begini Cara Sambungkan Handphone Ke Printer Untuk Mudahkan Print Kerja Sekolah Anak | Dalam tempoh PKP ini ramai cikgu yang buat pembelajaran secara online, dan ramai juga yang kena pakai mesin pencetak untuk print kerja sekolah anak.

Disebabkan itu ibu bapa pun pening sebab laptop atau komputer cuma ada satu di rumah sedangkan anak ada 3-4 orang nak guna untuk print bahan. Sampaikan ada yang nak beli laptop tambahan untuk anak.

Bagi yang tak tahu, sebenarnya kita boleh saja guna telefon bimbit untuk disambungkan pada mesin pencetak bagi mencetak kerja sekolah anak. Nak tahu caranya, boleh ikut perkongsian Fizie JoeKer[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Tak perlu beli printer wireless/ lap top

Hari ni nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada handhone direct ke mesin pencetak, tak payah pakai laptop & tak payah beli mesin pencetakv wireless/wifi yang mahal-mahal tu

Musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print-out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group. Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu. Jangan…jangan bazirkan duit tu sebab ada solutionnya.

Ok mula-mula korang kena ada 3 benda alah ni.

✅ Mesin Pencetak (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh).

Begini Cara Sambungkan Handphone Ke Printer Untuk Mudahkan Print Kerja Sekolah Anak

✅ Cable OTG (korang boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)

Begini Cara Sambungkan Handphone Ke Printer Untuk Mudahkan Print Kerja Sekolah Anak

✅ Apps PrinterShare Mobile Print (korang kena download kat handphone, cari kat dalam Playstore)

Begini Cara Sambungkan Handphone Ke Printer Untuk Mudahkan Print Kerja Sekolah Anak

✅Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke handphone korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting. Siap!

Senang je kan. Tak payah bazir duit nak beli mesin pencetak yang mahal-mahal tu.
[/expander_maker]

You might also like
3 Comments
  1. […] Begini Cara Sambungkan Handphone Ke Printer Untuk Mudahkan Print Kerja Sekolah Anak […]

  2. […] BACA: Begini Cara Sambungkan Telefon Bimbit Dengan Printer Di Rumah Anda, Mudah Nak Cetak Kerja Sekolah An… […]

  3. […] Pembelajaran PdPR Anak-anak Lagi Mudah Bila Buat Begini! | Cabaran pembelajaran anak-anak untuk sesi persekolahan tahun ini memang luar biasa […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.