Masalah Salur Darah Tersumbat? Amalkan Air Rebusan Serai & Kurma Memang Berkesan!

Masalah Salur Darah Tersumbat? Amalkan Air Rebusan Serai & Kurma Memang Berkesan! |Mungkin ramai tidak sedar bahaya salur darah tersumbat, ada yang menyangka masalah kesihatan ini hanya menyerang golongan berusia sahaja.

Penyempitan salur darah atau salur darah tersumbat berlaku akibat daripada penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kandungan kolestrol yang tinggi dalam badan, merokok, kegemukan, tidak melakukan senaman, keturunan, golongan lelaki dan umur.

Penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan kolestrol tinggi boleh menyebabkan serangan angin ahmar, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan penyakit kaki.

Demikian kata Pakar Jantung, Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Dr. Safari Elis semasa menyampaikan ceramah bertajuk ‘Betulkan Jantung Anda’ sempena Minggu Kesihatan Sedunia 2017 di Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

Menurutnya, penjagaan makanan dan aktiviti fizikal harian amat penting untuk mencegah salur darah tersumbat di samping pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital.

“Penghidap kencing manis, serangan jantung dan strok perlu mendapatkan ubat cair darah di hospital. Ubat cair darah akan mengurangkan rasa melekit darah dan melancarkan pengaliran darah.

Sekiranya berlaku penyempitan salur darah pada saluran darah jantung, ia akan menyebabkan serangan jantung manakala salur darah otak tersumbat menyebabkan angin ahmar. Proses kejadian adalah sama tetapi berlaku di tempat yang berbeza,” jelas Safari di hadapan hampir 200 orang pelajar dan staf USM di Bilik Ibnu Sina, Pusat Sejahtera USM.

Kolestrol yang berada di dalam dinding salur darah akan mengalir tanpa ada gangguan kecuali dinding salur darah itu pecah dan akan menyebabkan kolestrol terkeluar seterusnya berlaku pengumpulan darah beku dan punca salur darah tersumbat.

Petua Tradisional Cara Mengatasi Salur Darah Tersumbat

Mencegah kan lebih baik daripada mengubati. Tak salah mengamalkan petua yang menggunakan bahan bahan semulajadi. Sesetengah orang anggap amalkan petua ni gaya hidup orang yang dah berusia.

Statement tu tak betul ya! Khasiat yang terkandung dalam makanan yang belum diproses dan bebas kimia ni lagi selamat tau. Panjang pulak membebel. Untuk petua kali ni air rebusan serai dan kurma. Dipercayai baik untuk salur darah tersumbat.

Caranya ialah:

  1. Rebuskan 5 batang serai dengan 7 biji kurma.
  2. Didihkan dengan api perlahan bersama 3 gelas air sehingga air kering tinggal 1/3 atau segelas.
  3. Minum.

air rebusan saluran darah tersumbat

Selamat mencuba ya

Petua oleh: Mayee Nazrich

Khasiat buah kurma untuk kesihatan

Kaya dengan zat besi
Kurma kaya dengan zat besi dan ini sangat berguna untuk anda yang ada anemia, untuk kanak-kanak serta wanita mengandung. Cukup dengan memakan 100g kurma sehari (kirakira 0.9 mg zat besi), anda telah mengambil 11% pengambilan zat besi yang perlu untuk badan.

Kurma mengelak ciritbirit ( diarrhea)
Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria (dalam perut) secara lebih efektif.

Kurma melegakan sembelit
Mampu melegakan sembelit. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.

Mengawal berat badan
Jika anda mahu mengelak lemak berlebihan, anda perlu makan kurma dengan perut kosong. Ia akan mengawal berat badan anda memandangkan ia tiada kolesterol.air rebusan serai dan kurma, saluran darah tersumbat, petua saluran darah tersumbat, cara hilangkan salur darah tersumbat

Mengimbangkan kolesterol
Sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku.

Menguatkan jantung
Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau dikisar terlebih dahulu.

Petua menurunkan tekanan darah tinggi.
Ramai di antara kita yang menderita hipertensi (tekanan darah tinggi) dan sedia maklum hipertensi menyebabkan salur darah tersumbat dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.

Mampu menghalang strok
Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.

BACA JUGA: Khasiat Bayam Sebagai Penambah Darah

Nota sumbat : Apa pandangan anda dengan artikel petua pulihkan salur darah tersumbat ni?, mohon kongsikan diruang komen fb atau blog dibawah. Sharekan petuaibu.com kepada rakan-rakan anda juga 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eight + 8 =