Jangan Abaikan Bahaya Bila Anda Selalu Sakit Perut Sebelah Kiri

Sakit pada bahagian bawah kiri perut merupakan sakit yang dihadapi oleh ramai orang pada hari ini terutamanya wanita. Rasa sakit pada bahagian perut seringkali membuat wanita takut.

Meskipun kebanyakan rasa sakit pada perut biasanya adalah rasa sakit biasa,namun rasa sakit di perut juga boleh menjadi salah satu gejala penyakit yang serius, terutamanya rasa sakit perut sebelah kiri. Wanita memiliki organ yang berbeza dengan lelaki,terutamanya jika sakit terjadi pada perut sebelah kiri. Pada bahagian perut sebelah kiri wanita terdapat beberapa organ yang hanya dimiliki oleh wanita seperti ovarium, tiub fallopio dan juga rahim.

Jenis Sakit Perut Sebelah Kiri

Secara ringkas dan umumnya punca yang menyebabkan sakit pada bahagian ‘left lower quadrant pain’ iaitu sakit pada bahagian kiri bawah perut adalah seperti berikut:

bahaya sakit perut sebelah kiri, sakit perut sebelah kiri, punca sakit perut sebelah kiri, sebab sakit perut sebelah kiri, bahaya wanita sakit perut sebelah kiri

1. Iritasi Usus

Jika anda mengalami gejala-gejala seperti sembelit yang di selang-seli oleh cirit birit, ‘cramping pain’, tetapi sakitnya yang minima dan juga tidak demam, besar berkemungkinan anda menghidap iritasi usus. Mungkin sebab ini ada yang merasa sakit perut sebelah kiri.

2. ‘Diverticulitis’

‘Diverticulitis’ atau nama lainnya jangkitan pada poket usus besar merupakan salah satu punca anda sakit perut sebelah kiri. Ciri-ciri penyakit ini ialah anda akan demam, sembelit,rasa loya seperti hendak muntah, mumtah dan kadangkala terdapat darah ketika anda membuang air besar.

3. Batu Karang

Sakit perut sebelah kiri terutamanya bahagian bawah disertai oleh sakit ketika membuang air kecil adalah kerana terdapat batu karang pada bahagian kiri salur air kencing ureter. Kebiasaannya terdapat darah yang bercampur dengan air kencing dan penyakit ini akan menyebabkan anda demam.

4. Inflamasi Pada Salur Usus Besar Dan Rektum

Penghidap penyakit ini selalunya akan mengalami demam tetapi suhu demamnya sangat rendah.darah yang terdapat pada najis dan kadangkala anda juga akan kehilangan berat badan. Malah inflamasi pada salur usus besar dan rektum juga akan menyebabkan sakit perut sebelah kiri.

5. ‘Ectopic Pregnancy’

‘Ectopic pregnancy’ atau kehamilan di luar rahim sememangnya penyakit yang tidak asing daripada wanita. Penyakit ini terjadi kerana kehadiran fetus (bayi) yang membesar di luar rahim yang kebiasaannya berlaku pada tiub fallopio. Antara gejala-gejala penyakit ini adalah darah haid berhenti mengalir pada waktu yang sepatutnya (missed menstrual period) dan berasa sangat sakit pada bahagian bawah perut yang berlaku secara tiba-tiba.

6. Inflamasi Pada Pelvik

Inflamasi pada pelvik iaitu tempat pembiakan wanita adalah berpunca daripada penyakit yang tersebar melalui aktiviti seks. Ciri-ciri penyakit ini selain sakit perut sebelah kiri ialah,demam,menggigil,,sakit ketika melakukan hubungan seks dan terdapat cecair yang keluar dari vagina.

bahaya sakit perut sebelah kiri, sakit perut sebelah kiri, punca sakit perut sebelah kiri, sebab sakit perut sebelah kiri, bahaya wanita sakit perut sebelah kiri

7. Fibroid

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim dan ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit semasa haid dan sakit semasa melakukan seks dan sebagainya.

Kesimpulan

Jika sakit perut sebelah kiri anda tetap tidak mahu hilang walaupun bermacam cara telah dbuat,segeralah dapatkan rawatan daripada doktor anda untuk mengelakkan penyakit anda dari melarat.

BACA JUGA: 5 Petanda Penyakit Bahaya Yang Kita Sangka Sakit Biasa

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment