Masih Sakit Gigi Selepas Ditampal! Doktor Ini Jelaskan 6 Puncanya

“Betul ke Doktor ni dah tampal gigi aku? Kenapa makin sakit ni? Patutnya kalau dah tampal, makin eloklah. Ish Doktor ni, buat betul-betul ke tak ni?”

Mungkin ini antara yang pernah dialami oleh sebilangan antara kita. Walaupun gigi telah ditampal namun masih terasa sakit. Nak tahu puncanya, Dr. Yuliana Ayob berkongsi info untuk makluman bersama.

6 Sebab Gigi Masih Sakit Selepas Ditampal

1) PROSES TAMPALAN IBARAT MENCUCI LUKA DI TANGAN

BACA JUGA: 6 Bahaya dan Pantang Larang Cabut Gigi

Cuba anda bayangkan, jari anda terkena pisau. Sakit tak? Sakit kan. Lepas sehari, makin kurang sakit.

Cuba anda bayangkan, gigi yang berlubang, bayangkan, jika ia berlubang kat tangan korang, pastu Doktor gunakan sejenis peralatan, korek-korek untuk buang kulit mati, buang kulit kotor, pastu Doktor cuci, letak ubat, dan tutup dengan ‘plaster’. Agak-agak korang, sakit tak? Sakitlah, selagi tak sembuh luka tu, selagi tu ia sakit. Paling kurang pun seminggu.sakit gigi,gigi berlubang,tampalan gigi, tip tampalan gigi, petua tampalan gigi, harga tampal gigi, doktor gigi, klinik doktor gigi

Bayangkan lagi, gigi anda yang berlubang tu, kami buang struktur gigi yang rosak. Berdesing telinga dengar bunyi peralatan kami, kami letak ubat, letak bahan tampalan, dan tutup lubang.

Memang akan ada rasa sakit selama beberapa hari selepas tampalan, kerana proses tampalan tadi bukanlah proses seminit dua. Dalam gigi kita ni ada saraf. Saraf yang sensitif semasa rawatan boleh menyebabkan kesakitan.

Jadi, tak perlulah risau. Sabar dulu beberapa hari. Ia akan baik semula.

2) GIGI BERLUBANG SANGAT DALAM

Dahlah tak mahu jumpa kami, sampai gigi berlubang sangat dalam. Sampai nak kena akar dah. Aduh, kasihannya gigi.

Gigi, kalau dah berlubang dalam sangat, memang boleh kena bahagian yang ada banyak saraf. Saraf kalau dah terluka, ibarat hati seorang ibu yang terluka, kita minta maaf, mak kita maafkan. Tapi, parut tu masih ada. Sakit tu, masih ada…hmm..

Ada sakit tu…untuk beberapa hari. Mungkin sampai seminggu.

3) JENIS BAHAN TAMPALAN

Ada ke bahan tampalan yang sempurna? Yang terbaik, terhebat dan termahal. Eh. Biasalah, nak yang bagus, harga lebih mahal. Tapi dalam kes bahan tampalan ni, memang ada kelebihan dan keburukan masing-masing.

Tetapi, banyak lagi kelebihannya. Cuma, ada jenis tampalan tertentu yang boleh menyebabkan rasa sensitif untuk beberapa hari. Kebiasaannya, rasa sensitif itu akan berkurang.sakit gigi,gigi berlubang,tampalan gigi, tip tampalan gigi, petua tampalan gigi, harga tampal gigi, doktor gigi, klinik doktor gigi

4) MAKAN MINUM APA SAHAJA

Biasanya kita tiada nasihat khusus untuk menjaga apa yang dimakan atau diminum selepas tampalan. Kalau selepas beranak, ada pantang larangnya.

Selepas tampalan pula, jika anda makan makanan yang panas atau sejuk, ia juga mungkin boleh menyebabkan rasa ngilu. Tiada pantang larang khusus selepas tampalan. Tetapi jika anda berasa ngilu selepas tampalan akibat jenis makanan atau minuman yang diambil, itu biasalah. Kalau tak nak rasa sensitif, jagalah apa yang anda makan. Ada pula orang yang makan kacang atau gigit tulang ayam selepas tampalan. Aduh… Apa jadi?

5) TAMPALAN PECAH

Sedar tak sedar, rupa-rupanya gigiku sakit selepas tampalan kerana telah pecah.

Apa puncanya?

Gigit makanan keras.

Makanlah makanan yang lembut dalam tempoh 24 jam selepas tampalan.

BACA JUGA: Inilah Punca Gigi Mudah Reput Dan Rosak

6) TAMPALAN YANG TINGGI

Namun, jika sakit masih berlarutan selepas seminggu dan anda rasa sukar untuk menggigit atau mengunyah makanan, ada kemungkinan tampalan itu tinggi. Berjumpalah dengan Doktor, supaya kami boleh ratakan tampalan yang tinggi.

Jadi, cukuplah dahulu 6 punca biasa yang sering menyebabkan anda berasa tidak selesa selepas tampalan. Paling utama dan terutama, jumpalah Doktor sekurang-kurangnya satu kali setahun, supaya pemeriksaan awal untuk mengesan gigi yang berlubang dapat dilakukan dengan jayanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment