Lihat Bagaimana Rumah Teres Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Moden Dan Minimalis

Lihat Bagaimana Rumah Teres Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Moden Dan Minimalis | Siapa sangka rumah yang kelihatan biasa ini mampu diubahsuai menjadi sebuah rumah yang cantik dengan rekaan minimalis.

Terbaharu, pengguna Twitter @_azizulazman telah berkongsi beberapa keping gambar rumah yang diubahsuai dan mendapat perhatian netizen.

https://twitter.com/_azizulazman/status/1268169852503482368

Rumah teres di Titi Gantung, Bota, Perak itu telah diubahsuai oleh arkitek buatdesign. Kita lihat dahulu keadaan rumah tersebut sebelum diubahsuai. Ayuh kita mulakan.

Anda dapat lihat rumah teres tersebut seperti sudah lama terbiar dan merupakan rumah lot tepi. Semestinya mempunyai ruang yang banyak untuk diubahsuai.

Mesti anda sudah tidak sabar untuk melihat rekaan rumah ini selepas diubahsuai dan diberikan sentuhan moden minimalis. Jom kita lihat bagaimana trasformasi rumah tersebut.

rumah teres rumah teres rumah teres rumah teres rumah teres rumah teres rumah teres

Penggunaan warna putih dan hitam pada rumah ini membuatkan rumah ini kelihatan luas, kemas dan cantik. Semua kawasan disambungkan dengan pembahagian iaitu pintu kaca untuk membahagikan ruang.

Perabot moden dan minimalis digunakan dan ditambah dengan warna tambahan untuk membuat kontras. Sudah namanya minimalis, memanglah tidak mempunyai perabot yang banyak.

Ditambah dengan hiasan daun berwarna hijau di penjuru ruang di ruang tamu menaikkan seri ruangan tersebut. Minimalis memang terbaik!

Buat anda yang ingin mengubahsuai rumah anda, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mengubahsuai dengan rekaan ini. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi buat anda diluar sana.

BACA: Semak 18 Perkara Ini Sebelum Beli Rumah Teres

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eighteen − six =