Rumah Terbiar 30 Tahun, Inilah Transformasi Dilakukan Pemain Kedah FA Bermodalkan RM60,000

Rumah Terbiar 30 Tahun, Inilah Transformasi Dilakukan Pemain Kedah FA Bermodalkan RM60,000 | Ramai yang ingin memiliki rumah idaman namun sedia maklum harga rumah sekarang nak pula kalau di bandar utama hanya mampu tengok.

Kadang kala dengan keluasan yang tidak seberapa agak sukar untuk golongan bekeluarga mendapatkan rumah yang selesa untuk anak-anak. Namun ramai tidak mahu mengambil risiko memiliki rumah terbiar yang kadang kala harganya jauh lebih murah dari harga pasaran kerana takutkan risiko terbeli “rumah hantu”.

Setiap orang pasti mahu memiliki aset tanah dan rumah walaupun perlu mengambil risiko terbeli “rumah hantu” dan ini dibuktikan oleh pemain Kedah FA ini. Nama Azmeer Yusof tidak perlu diperkenalkan lagi, siapa yang tidak mengenali pemain Kedah FA ini.

Sebelum ini, Azmeer berkongsi beberapa nasihat untuk para pemain bola yang bergaji besar, kini beliau kongsikan pula kisah transformasi rumahnya.

Sebelum rumah terbiar tersebut diubahsuai, rumah itu telah terbiar dalam 30 tahun dan terletak di Alor Setar.

Beliau berasa terkejut apabila melihat keadaan rumah dan tanah sebelum dibelinya kerana semak seperti dalam hutan.

https://www.facebook.com/AZYU25/posts/2968935999854222

BACA: Lihat Bagaimana Rumah Teres Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Moden Dan Minimalis

Kita lihat dahulu gambar keadaan rumah tersebut sebelum diubahsuai. Ayuh kita mulakan!

rumah terbiar rumah terbiar rumah terbiar rumah terbiar rumah terbiar rumah terbiar rumah terbiar

Keadaan rumah tersebut yang dipenuhi semak pastinya akan mengubah fikiran ramai orang untuk membelinya. Untuk pengetahuan anda, kos keseluruhan pengubahsuaian rumah itu dalam RM60,000 termasuk perabot.

Masih mengekalkan struktur lama, rumah tersebut telah dibina dan berkonsepkan rumah batu moden dan rekaan dalaman yang ‘simple’. Pastinya rumah ini diubahsuai menjadi sebuah rumah yang selesa untuk didiami. Jom lihat keadaan selepas diubahsuai.

rumah terbiar rumah terbiar rumah terbiar rumah terbiar rumah terbiar

Kita dapat lihat ruang tamu dibahagikan kepada dua dan dapat memberikan ruang privasi kepada pemilik rumah yang memiliki ahli keluarga apabila tetamu datang berkunjung ke rumah.

Malah, tidak banyak perabot digunakan dalam rumah memberikan ‘vibes’ minimalis dan anda pasti setuju dengan kenyataan minimalis terbaik ini.

Rumah ini hanya menekankan 3 warna dalam bahagian rumah dan perabot membuatkan rumah kelihatan kemas. Jika anda terfikir untuk membeli rumah terbiar, jangan risau kerana anda mampu untuk mengubahsuai rumah tersebut.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 5 =