Rotor Brek Nampak Cantik Tetapi Stereng Masih Bergegar, Ini Puncanya

Rotor Brek Nampak Cantik Tetapi Stereng Masih Bergegar, Ini Puncanya | Pernah tak terjadi pada korang tengah memandu tetiba nak tekan brek, bergegar habis kereta.

Timbul rasa keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kereta yang sedang dipandu. Bila buat pemeriksaan, okay saja. Tiada yang rosak. Pelik.

Perkongsian daripada laman Twitter Servis Kereta akan menjawab segala masalah anda tentang stereng dan tempat menekan minyak sering bergegar akibat masalah brek pada kereta.

rotor brek

Tadi ada customer datang bawak kereta Harrier dan komplain bila pandu kereta kalau brek ja habis bergegar stereng dengan penekan brek. Bila buat pemeriksaan bahagian undercarriage semuanya baik saja.

Keputusan akhir adalah dengan jack stand kereta dan pada awalnya tiada gegaran berlaku sehingga brek dah mula panas dan gegaran tersebut berpunca daripada rotor brek.

Untuk pengetahuan anda, rotor adalah satu komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera. Walaupun keadaan pada bahagian brek kereta sempurna, tetapi bila terlalu kerap membrek dan ada tekanan yang kuat ia menyebabkan bergegar.

Katanya, sebagai pengajaran untuk hari ini, tak semestinya rotor brek cantik dan rata itu tidak ada masalah. Sebab rotor mempunyai jangka hayat dan gaya pemanduan. Sampai saja masanya, rotor brek tersebut perlu ditukar bukan dibaiki semula.

Ada dua jenis masalah brek bergetar

1. Masa sejuk

  • Sebelum keluar rumah sila pastikan cuba brek dahulu bila ia mula gegar cuba rotor brek rata atau tidak serta pastikan pad brek rata atau tidak. Sekiranya rotor brek tidak rata anda boleh resurface dahulu. Jika pad brek yang bermasalah, jalan penyelesaiannya tukar yang baru.

2. Masa panas

  • Jika dah mula berjalan dalam 30 minit keatas, bila guna brek ianya bergegar diharapkan untuk tukar sahaja.

Pastikan tiba di bengkel, anda memaklumkan perkara yang betul kepada pomen supaya mereka lebih tahu dan hantar kepada pomen yang ikut SOP untuk periksa undercarriage terlebih dahulu sebelum periksa brek.

BACA JUGA :: Kalau Tak Nak Enjin Kereta Korang Meragam, 5 Part Ni Kena Selalu Check

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eighteen + one =