Rolled Oats Kismis Untuk Yang Diet Malam Atau Siang. Gerenti Kenyang Dan Sihat!

Resipi diet yang paling mudah sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam. Memang cepat kenyang dan rasa kenyang lebih lama serta banyak khasiat.

ROLLED OATS

BAHAN-BAHAN:

  • Oat (rolled oat)*kuantiti mengikut berapa banyak yang anda suka
  • Susu (boleh guna susu segar atau susu tepung)
  • 1 sudu teh Chia seed
  • 1 @ 1/2 sudu teh Ceylon cinnamon 
  • Kismis (campur akhir sekali masa hendak makan

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Untuk makan segera panaskan susu segar atau susu tepung. Rendamkan oat seketika dengan susu panas. Masukkan susu sampai oat terendam sepenuhnya.
  2. Bila oat sudah kembang sedikit boleh masukkan chia seed dan serbuk kayu manis.
  3. Akhir sekali bila hendak makan baru campurkan dengan kismis.

meal plan diet, makanan untuk diet, makanan tambahan untuk diet, meal replacement untuk diet, meal replacement, oat dan raisin, overnight oats

meal plan diet, makanan untuk diet, makanan tambahan untuk diet, meal replacement untuk diet, meal replacement, oat dan raisin, overnight oats

INFO: 

  1. Boleh makan bersama buah-buahan yang anda suka.
  2. Paling senang buat sehari sebelum hendak makan. Tidak perlu panaskan susu hanya rendamkan semalaman dan simpan dalam peti sejuk

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Alifah Adnan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment