Inilah 4 Risiko Bahaya Bila Sering Tidur Meniarap, Ianya Mungkin Punca Anda Sakit Tulang Belakang!

Menurut padangan Islam, Allah s.w.t sama sekali melarang kita untuk tidur meniarap dan ia jatuh pada hukum Makruh kerana menyerupai posisi tidurnya penghuni neraka.

Penjelasan yang dipetik dari laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat hadis dari Nabi SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap. Ini sepertimana riwayat daripada Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan mengunakan kaki lalu berkata:

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW. Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)Tidur Meniarap

BACA: Isteri Tak Akan Dapat Cukup Tidur Selama 6 Tahun Lepas Ada Anak, Patutlah Asyik Letih

Dalam hadis dengan lafaz yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
قُمْ وَاقْعُدْ فَإِنَّهَا نَوْمَةٌ جَهَنَّمِيَّةٌ

Maksudnya: Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka.Riwayat Ibn Majah (3725)

Menurut kajian saintfik pula, tidur meniarap (di atas perut) bisa mendatangkan tiga risiko kesihatan yang akan melarat dan mendatangkan masalah lebih besar kepada kesejahteraan diri jika si pelaku tidak berhenti mengamalkan cara tidur sebegitu.

Sememangnya tidur meniarap akan buat seseorang berasa selesa bahkan dapat membantu orang yang berdengkur tidur dengan lebih senyap namun hakikatnya ia akan mendatangkan beberapa risiko lain termasuklah:

Sakit Belakang/Masalah Tulang Belakang

Kebanyakan orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dan leher. Menurut pakar, tidur secara meniarap akan meletakkan tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang. Ini kerana berat badan seseorang tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, agak sukar tulang belakang untuk berada pada posisinya dan kemungkinan teralih ketika tidur.

Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan di mana, apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berkangkit ke bahagaian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang. Antara simptom awalnya adalah seperti kebas-kebas.

Sakit Leher

Tidur dalam keadaan meniarap akan memaksa seseorang untuk memalingkan wajahnya agar boleh bernafas ketika sedang lena. Cara itu sebenarnya akan memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang.

BACA JUGA: Madu Tualang Berkesan Merawat Tulang Rapuh

Pada awalnya mungkin anda tidak akan terasa kesakitannya namun, hari demi hari jika terus dilakukan, ia akan menyebabkan sakit leher yang kritikal.

Jaga-jaga supaya tidak diserang Herniated Disk!

kesan buruk tidur meniarap, bahaya tidur meniarap, cara tidur dilarang dalam islam. jangan tidur meniarap

Sumber: mayoclinic.org

Herniated Disk berlaku apabila lapisan kusyen tulang yang memelihara tulang daripada bergesel antara satu sama lain tersepit dan terkeluar daripada landasannya menyebabkan saraf terasa sakit disebabkan penolakan kusyen yang tersepit itu tadi.

Jejaskan Jantung & Kesihatan Otak

Tidur meniarap jejaskan kesihatan jantung dan otak kerana oksigen kurang sampai kepada kedua-dua bahagian organ tersebut.

Menghadkan Pergerakan Janin

Apabila anda berbadan dua, sudah pasti si ibu harus peka untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup agar janin boleh membesar dengan sempurna. Tidur secara meniarap ketika hamil adalah tidak membahayakan bayi atau ibu namun, berat yang semakin bertambah pada bahagian perut sedikit sebanyak memberi efek pada stuktur tulang belakang si ibu.

Bahkan janin atau bayi dalam perut jika akan berada dalam kedudukan yang lebih selesa jika ibunya tidak tidur meniarap.

BACA JUGA: Selain Susu, Anda Boleh Cuba Buah Ini Untuk Jaga Kesihatan Tulang

Kajian perubatan yang dilakukan sekitar 2012 mendapati, ibu mengandung yang tidur secara mengereng ke sisi sebelah kiri akan meningkatkan pengaliran darah baik yang menyalurkan oksigen secukupnya kepada bayi.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × 1 =