Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap!

Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap! | Budu menjadi pilihan kegemaran ramai dalam menikmati juadah berasaskan ulam-ulaman. Budu juga terkenal dalam kalangan orang Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu. Kalau tak ada budu, tak lengkap sesuatu juadah yang dinikmati itu.

Tapi, pernah tak anda nikmati budu goreng? Perkongsian resipi budu goreng dari Najla Amalina ini juga kelihatan menyelerakan. Dapat pula makan dengan ikan goreng dan ulam pegaga memang perghh! Jom cuba.

Bahan yang perlu disediakan untuk resipi sambal budu goreng

Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Bagi menyempurnakan resipi sambal budu goreng ini anda perlu sediakan bawang besar, cili, budu, santan, kiub pati ikan bilis dan sedikit minyak masak untuk menumis.

Cara-caranya seperti ini

Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap!

Langkah pertama adalah anda perlu menumbuk bawang besar bersama cili terlebih dahulu. Kalau malas nak tumbuk, boleh saja pakai chopper.

Tumis bahan kisar tadi

Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap!

Kemudian, masukkan bahan yang telah anda tumbuk atau kisar tadi ke dalam kuali bersama minyak. Tumis sehingga naik bau. Bahan tumis ini jangan goreng sampai garing sangat.

Masukkan budu

Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap!

Langkah seterusnya, masukkan budu ke dalam bahan yang telah anda tumis tadi. Disarankan untuk pakai setengah daripada botol budu itu sahaja.

Goreng sampai pecah minyak

Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap!

Bahan ini perlu dimasak dengan api yang perlahan sahaja dalam masa lebih kurang 10 minit. Kalau dah naik minyak tu, dah kira cun.

Masukkan santan

Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap!

Kemudian, masukkan santan ke dalam bahan tumis tadi. Santan yang dipakai adalah setengah sahaja daripada kotak kecil yang ditunjukkan di dalam gambar tadi.

Kiub pati ikut citarasa anda

Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap!

Masukkan setengah kiub pati ikan bilis tadi. Tapi jika anda tidak mahu letakkan kiub pati pun tak apa. Sebabnya rasa budu sudah masih dan cukup rasa. Terpulang kepada citarasa anda sendiri untuk sesuaikan dengan tekak anda dengan sambal budu goreng ni.

Buang lebihan minyak

Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap!

Bahan-bahan di dalam kuali tadi perlu dimasak lagi 5 hingga 10 minit sehingga pecah minyak buat kali kedua. Kali ini minyak akan kelihatan banyak lagi disebabkan oleh santan tadi. Kemudian, ceduk buang lebihan minyak tadi.

Dah siap!

Resipi Sambal Budu Goreng Ini Akan Buat Anda Kecur, Memang Sedap!

Sudah siap! Sambal budu goreng ini anda boleh nikmati bersama nasi putih, ikan goreng dan juga ulam-ulaman. Sedapnya, terasa kecur lidah. Selamat mencuba!

Sumber: Najla Amalina[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eighteen − 17 =