Resipi Rendang Ayam Simple Tapi Bukan Main Sedap. Kena Cuba Raya Nanti!

Resipi Rendang Ayam Simple Tapi Bukan Main Sedap. Kena Cuba Raya Nanti! | Hari Raya memang tak lengkap kalau tak ada rendang sebagai hidangan. Tapi, tak semua orang pandai buat rendang. Katanya leceh dan selalu tak menjadi.

Sebenarnya kalau tahu caranya, memasak rendang ayam bukanlah susah sangat. Cuma mungkin banyak sikitlah bahan yang diperlukan. Tapi bahan-bahan ini amat mudah didapati di kedai atau pasaraya. Jadi, apa kita kita cuba buat rendang ayam sendiri untuk raya kali ini? Mesti seronok kalau dapat hidangkan air tangan sendiri di pagi raya nanti.

Kali ini, kita ikuti perkongsian resepi daripada Puan Nurul Azfa Azizan. Tengok gambar saja dah terliur, mesti rasanya sedap hingga menjilat jari!

RESEPI RENDANG AYAM YANG SIMPLE TAPI MENYENGAT!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Sekilo santan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 6 bawang merah
  • 8 bawang putih
  • halia
  • 1 sudu besar jintan
  • 1/2 sudu lada hitam
  • Sedikit ketumbar
  • 3 sudu rempah kari
  • Minyak untuk menumis
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit buah pelaga
  • Sedikit bunga cengkih
  • Sedikit bunga lawang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

rendang ayam

Bahan Kisar

  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 1 sudu besar jintan
  • 1/2 sudu lada hitam
  • Sedikit ketumbar

rendang ayam

CARA-CARA

  1. Mula-mula, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris. Tunggu hingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan dikisar.

rendang ayam

2. Bila bahan tadi dah naik bau dan pecah minyak, masukkan pula asam keping.

3. Seterusnya, masukkan 3 sudu rempah kari.

4. Selepas itu, masukkan pula 4 sudu besar kerisik. Kerisik ini memberi rasa klasik pada rendang. Kalau tak ada, macam tak kenalah masakan rendang tradisional kita.

BACA: Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang, Menu Bajet Guna 4 Bahan Je!

Kerisik ini dibuat daripada kelapa parut segar yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk sehingga menjadi pes yang pekat, kasar dan berminyak. Orang dulu-dulu buat kerisik sendiri, tapi sekarang dah mudah nak dapatkan kerisik yang dah siap dijual dalam bentuk paket di kedai.

Bila dah semua bahan dah bersatu, masukkan sekilo santan ke dalam kuali tadi.

5. Sekarang dah boleh masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya.

rendang ayam

6. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Bila kuah dah kering bolehlah ditutup api.

SIAP!

Beginilah hasilnya. Memang sedap dimakan panas-panas bersama ketupat, lemang, pulut kuning, atau nasi putih. Aromanya saja sudah membangkitkan selera.

rendang ayam

Tak susah kan nak memasak masakan tradisi ini?

Selamat mencuba.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × three =