Resipi Puding Roti Ala Ala Kampung Hanya Guna 4 Bahan Jer

Resipi Puding Roti Ala Ala Kampung Hanya Guna 4 Bahan Jer | Bila petang, mesti teringin nak kunyah benda-benda manis sampai dah tak tahu nak masak apa untuk minum petang.

Oleh itu, ini adalah idea resepi yang sesuai untuk dijadikan santapan minum petang, dengan menggunakan bahan yang mudah dan cepat siap. Confirm sedap!

Resipi Puding Roti, Guna 4 Bahan Wajib

“Sekarang ni tengok orang buat puding roti letak macam-macam bahan & makan dengan sos kastard la, sos vanila la..

Tapi tekak saya tetap suka puding roti versi kampung-kampung aje macam mana yang mak ajarkan masa zaman sekolah-sekolah dulu.. Selain makan waktu minum petang, kekadang tu kitorang makan puding roti ni untuk breakfast gak. Sebab tu tak suka yang fancy-fancy bagai.

BACA JUGA :: Resipi Puding Susu Lumut Sirap Ros Yang Mudah Jer Tapi Sedap

puding roti

Guna 4 je bahan wajib. Rendam roti dalam air, bila dah lembut lenyek-lenyek sikit lepas tu masukkan telur (dibuang pusatnya), gaul-gaul sekata. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih sedap & rasa lemak berkrim, boleh gak tambahkan susu cair..

Nak letek esen vanila pun boleh, taknak pun takpe sebab dah buang pusat tadi. Kukus. Dah siap nak makan terus boleh, makan sejuk pun sedap. Tapi yang ni saya tabur serbuk kayu manis sikit sebab memang suka. Hehee. Ada ke yang suka puding roti plain/versi kampung camni?

Ni saya bagi resipi/tip sekali kot ada yang nak cuba. Orang-orang tua dulu ajar bagi tip je. Mana bagi sukatan yang tepat, tapi sebabkan saya risau hasilnya tak sama, jadi bila mak ajarkan tu. Saya sukat sesiap airnya. Ekeke. So, insyaAllah setiap kali buat, hasilnya tak mengecewakan.

TIP DARI MAK SAYA.

1.ROTI

puding roti

Boleh gunakan roti sandwich putih atau yang sandwich coklat/berperisa. Kalau guna roti yang manis, kurangkan susu pekat ye. Kalau guna roti wholemeal lak, kena lebihkan air sebab roti ni serap air lebih banyak.

2.TELUR

lendir telurKetulan/lendiran pekat ni dipanggil pusat telur. Buang bahagian ni untuk kurangkan rasa hanyir telur dalam masakan.

Sebiji telur saiz A untuk setiap 2 keping roti atau 2 biji telur saiz C untuk setiap 3 keping roti.

3.AIR

50 ml untuk setiap sekeping roti (yang ni saya sukat masa belajar buat time kecik-kecik dulu) Boleh kurangkan separuh sukatan air jika nak guna susu cair. Contohnya jika buat 4 keping = 100 ml air, 100 ml susu cair (½ cawan teh air, ½ cawan teh susu cair). Kalau nak guna susu segar, sukatan tetap 50ml untuk setiap sekeping roti.

4.SUSU PEKAT

puding roti

1–1½ sudu makan bagi setiap sekeping roti. Saya tak kuat manis, pada saya 1 sudu makan ni manisnya just nice. Tapi kalau suka yang manis, boleh ler tambah lagi..

Ok, ni resipi yang saya buat ni pula…

BAHAN-BAHAN BUAT PUDING ROTI

  • 4 keping roti
  • 100 ml air (kalau taknak tambah susu cair, guna 200ml air atau 200ml susu segar/1 cawan)
  • 100 ml susu cair* (Tak payah letak ni kalau guna susu segar)
  • 2 biji telur A
  • 4 sudu susu pekat manis

CARA-CARA BUAT PUDING ROTI

  • Rendam roti dalam air & susu cair.
  • Bila roti dah lembut, lenyekkan.

puding roti

  • Masukkan telur. Gaul sekata.
  • Tambah susu pekat. Gaul sebati.
  • Sebelum masukkan adunan dalam bekas, lengser dengan marjerin/mentega pada bekas supaya hasil kuih cantik bila dikeluarkan.

buat puding roti

  • Kukus api sederhana besar (jangan besar sangat, nanti permukaan puding telur tu menggelembung²) selama 25-30 minit.
  • Kalau suka boleh tabur serbuk kayu manis.

*Untuk versi bakar, suhu 180°c bakar 25–30 minit atau sehingga masak. (oven saya kecik & cepat panas, saya gunakan suhu 170°c jer.. )

Selamat mencuba!

Sumber: Yatie Eimra

You might also like
1 Comment
  1. […] pula yang request Resipi Puding Milo Oreo. Ok ini dia […]

Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.